awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar

Bernama
Bernama
07/01/2025
14:30 MYT
Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya. - Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perjanjian itu merupakan hasil perbincangan mendalam dan persediaan teliti antara Malaysia dan Singapura yang bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan serta meningkatkan hubungan ekonomi kedua-dua negara.
"Ini adalah satu langkah strategik yang akan memberi impak positif kepada pembangunan negeri Johor dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan pelaburan serta pengukuhan sektor-sektor utama.
"Semoga segala perancangan dan usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat Johor serta Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah, kita akan menyaksikan transformasi positif untuk Johor," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Onn Hafiz berkata beliau amat berbesar hati dapat menyaksikan pemeteraian perjanjian JS-SEZ yang ditandatangani Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Singapura yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.
"Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Kuala Lumpur," katanya.
JS-SEZ kini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar.
Wilayah pembangunan Iskandar turut meliputi Pusat Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas-Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai-Skudai, dan Sedenak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
#Perjanjian JS-SEZ
#Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan