awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor

Bernama
Bernama
04/01/2025
11:00 MYT
Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Gambar fail/BERNAMA
KLUANG: Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata perjanjian itu akan memberi impak besar kepada ekonomi Johor, termasuk Industri halal dan pelancongan, dan pada masa yang sama dapat mengubah landskap ekonomi negara.
Menteri Besar Johor itu berkata JS SEZ akan memberikan peluang ekonomi yang cerah, sekali gus memudahkan penduduk Johor dan Singapura berulang-alik setiap hari.
"Yang untungnya bukan orang Johor Bahru sahaja, yang untungnya satu Johor, malah satu Malaysia juga akan menerima manfaat yang pelbagai...ekonomi, pelancongan dan sebagainya, tapi persoalannya yang penting ialah adakah kita bangsa Johor bersedia dengan peluang yang bakal merubah ekonomi negara.
"Ini kerana kalau kita tak bersedia, orang lain yang akan ambil kesempatan," katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Usahawan di hadapan Tapak Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, hari ini.
Sebelum ini Anwar memaklumkan perjanjian mengenai JS-SEZ yang sepatutnya dimeterai bersama kerajaan Singapura pada 9 Dis lepas telah ditangguhkan selepas Perdana Menteri Singapura dijangkiti COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
#Perjanjian JS-SEZ
#dimeterai Isnin
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan