awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) bukti ASEAN masih relevan - Hishammuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/11/2020
07:36 MYT
Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) bukti ASEAN masih relevan - Hishammuddin
Terdahulu, Hishammuddin turut menyertai tiga mesyuarat melibatkan Menteri Luar ASEAN termasuk Meeting of ASEAN Foreign Ministers - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR :Negara Anggota ASEAN hari ini menandatangani tiga Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) untuk Cuba, Colombia dan Afrika Selatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-37.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perjanjian yang disertai 43 buah negara itu menunjukkan bahawa ASEAN masih mendapat banyak permintaan daripada negara-negara luar untuk menjalin hubungan sebagai sebuah blok.
“Lebih-lebih lagi sekarang ini dalam usaha kita menangani COVID-19, usaha kita untuk memulihkan ekonomi dan pelbagai isu dan cara bagaimana kita dapat menangani isu Serantau yang kadangkalanya melibatkan negara-negara anggota ASEAN sendiri sesama kita dengan cara yang baik tanpa menimbulkan kesusahan dan ketidakstabilan di rantau ASEAN, menjadi contoh kepada negara-negara lain," kata beliau dalam sidang media selepas menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 secara maya pada Selasa.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata ia juga membuktikan bahawa ASEAN yang dianggotai 10 negara masih lagi relevan dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
Katanya lagi, penyertaan ASEAN dalam TAC juga satu petanda baik bahawa negara-negara berkenaan berminat untuk berinteraksi dan menjalin hubungan dengan ASEAN.
Terdahulu, Hishammuddin turut menyertai tiga mesyuarat melibatkan Menteri Luar ASEAN termasuk Meeting of ASEAN Foreign Ministers.
Mesyuarat tersebut disifatkan penting sebagai persediaan sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, di mana delegasi Malaysia akan diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Mesyuarat Berkaitan yang diadakan secara maya mulai 9-15 Nov dihoskan oleh Vietnam selaku Pengerusi ASEAN untuk tahun 2020.
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Muhyiddin Yassin
#Hishammuddin Hussein
#Colombia
#ASEAN
#COVID-19
#Sidang Kemuncak ASEAN
#TAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan