KUALA LUMPUR: "Perjuangan membela rakyat bukan klise semata-mata tetapi kerana perasaan saya yang dapat merasakan kesusahan itu".
Begitu luahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemu bual dalam Program 3 Pagi Era yang disiarkan stesen radio berbahasa Melayu Era, milik Astro Radio hari ini.
Berkongsi pengalaman membesar sebagai anak penoreh getah yang mempunyai lapan adik-beradik, Ismail Sabri berkata kesusahan menjadikan seseorang itu lebih kuat selain turut sama dapat menghargai kesusahan orang lain.
"Orang lain mungkin tahu tentang kemiskinan melalui pembacaan dan sebagainya. Saya merasainya sendiri. Kalau keluar dalam media contohnya waktu COVID-19 tidak bekerja, anak makan pun tak tentu, saya boleh rasakan kalau saya baca dan saya boleh merasai perasaan mereka," katanya dalam program yang dikendalikan penyampai radio Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy.
Temu bual selama satu jam bersama perdana menteri itu adalah antara pengisian Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia sempena genap setahun pentadbirannya pada 21 Ogos 2021.
Menceritakan pengalaman ketika mula menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negara, Ismail Sabri berkata pengalaman untuk mengimbangi keselamatan nyawa rakyat daripada penularan COVID-19 dan pada masa sama menyelamatkan ekonomi dan mata pencarian mereka merupakan perkara yang sukar.
Apatah lagi ketika itu, beliau berkata tidak ada model dari negara lain yang boleh diikuti kerana seluruh dunia berdepan dengan cabaran dan pengalaman pertama menghadapi wabak yang boleh meragut nyawa itu.
Menyentuh mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat untuk mempamerkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan masing-masing.
Beliau berkata negara bebas daripada aspek penjajahan secara fizikal namun penjajahan budaya masih berlaku termasuk di negara-negara lain di dunia.
"...yang penting, kita jangan terlalu dipengaruhi budaya yang saya kira kurang sesuai dengan kita... walaupun anak muda sekarang mendapat kebebasan yang jauh lebih baik berbanding zaman kita dahulu, perlu ada had tertentu supaya tidak dipengaruhi anasir yang tidak baik," katanya.
Sementara itu, dalam temu bual bersama MY FM, stesen radio berbahasa Cina milik Astro Radio yang berlangsung kira-kira 40 minit, Ismail Sabri berkata beliau gembira selepas genap setahun mentadbir negara, pelbagai masalah yang dihadapi termasuk ekonomi, politik dan kesihatan dapat diselesaikan dengan baik.
"Walaupun banyak masalah, kita dapat selesaikan. Politik juga stabil berbanding mula-mula saya ambil alih. Jadi walaupun terbeban dengan banyak masalah, saya kata saya 'happy" (gembira) kerana isu dapat diselesaikan.
"Kita juga dah selesaikan isu ekonomi. Pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita 8.9 peratus merupakan yang terbaik di Asia Tenggara berbanding kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom, China dan sebagainya," kata perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Temu bual selama satu jam bersama perdana menteri itu adalah antara pengisian Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia sempena genap setahun pentadbirannya pada 21 Ogos 2021. - Foto fail/BERNAMA
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.