awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjumpaan dengan ahli Dewan jika tiada sidang - Speaker DUN Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
08/03/2021
04:10 MYT
Perjumpaan dengan ahli Dewan jika tiada sidang - Speaker DUN Perak
Mohamad Zahir (tiga kiri) ketika hadir bagi merasmikan Seminar Hari Wanita Sedunia 2021 di Ipoh International Convention Centre (IICC) di Ipoh, hari ini. - Astro AWANI
IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sedang memperhalusi cadangan untuk mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Dewan sekiranya sidang DUN tidak dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, menurut Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, cadangan itu tertakluk kepada pandangan dan keputusan Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pejabat Peguam Negara.
"Kita berbincang dengan semua pihak dan parti yang ada dalam Dewan Negeri, tidak kira kerajaan dan pembangkang. Banyak cadangan kita terima.
"Salah satunya yang sedang kita pertimbangkan ialah, sekiranya kita tidak dapat adakan persidangan DUN oleh sebab tertentu dan undang-undang, kita fikirkan untuk adakan perjumpaan ahli-ahli Dewan.
"Ia satu praktis yang baik kerana membuka ruang kepada ahli Dewan untuk bertanya soalan, dan juga di pihak kerajaan, untuk berikan jawapan.
"Dengan itu, masalah dan isu-isu berkaitan rakyat turut dapat kita atasi," ujarnya.
Mohamad Zahir berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Seminar Hari Wanita Sedunia 2021 di Ipoh International Convention Centre (IICC) di sini, hari ini.
Turut hadir, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Penasihat Projek Junior Chamber International (JCI) Ipoh, Dr Carrine Teoh Chooi Shi.
Sementara itu, mengulas mengenai permintaan untuk mempercepatkan sidang DUN di negeri ini, Mohamad Zahir berkata, perkara itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.
Jelasnya, pihaknya kini sedang menunggu keputusan dan jawapan daripada pejabat tersebut.
"Penasihat Undang-Undang Negeri sudah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk dapatkan kepastian sama ada sidang DUN boleh diadakan di Perak.
"Keputusan InsyaAllah dalam masa terdekat ini. Kita akan dengar pandangan, kemudian buat pertimbangan. Saya akan bincang dengan Menteri Besar," katanya lagi.
Beliau berkata, persidangan DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya Jun ini selepas persidangan terakhir pada Disember lepas.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan padangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Terdahulu hari ini, 250 peserta wanita terlibat dalam Seminar Hari Wanita Sedunia 2021 yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari, khusus bagi menghargai jasa dan peranan wanita di negeri ini.
Topic Berkaitan
#DUN Perak
#Speaker
#perjumpaan
#ADUN
#Dewan Negeri
#pembangkang
#Ipoh
#Menteri Besar
#wanita
#Peguam Negara
#rakyat
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan