Perkahwinan DiRaja Johor: Siapa Dennis Muhammad Abdullah?

Madiha Abdullah
Ogos 14, 2017 02:53 MYT
Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim disatukan dengan pilihan hatinya, Dennis Muhammad Abdullah, hari ini.
HARI ini, puteri kesayangan rakyat Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim disatukan dengan pilihan hatinya, Dennis Muhammad Abdullah.
Bagi mereka yang mungkin belum tahu, kami berikan beberapa informasi tentang jejaka yang berjaya mencuri hati Tunku Tun Aminah.
1. Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei, 1989.
2. Berasal dari Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas.
3. Menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.
4. Menggemari sukan bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café, sebelum bergelar Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.
5. Mula mengenal dan membuat kajian berkenaan Islam pada tahun 2014 selepas mendapatkan pandangan serta nasihat rakan Muslim di Amsterdam.
6. Memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru.
7. Dibimbing pegawai agama untuk mendalami Islam serta lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.
MESTI BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perkahwinan Tunku Tun Aminah dan Daniel Muhammad Abdullah
BACA: Tunku Tun Aminah bakal langsung perkahwinan 14 Ogos ini
BACA: Perkahwinan diraja kekalkan adat dan tradisi Johor
BACA: 'Sebagai suami isteri, kami akan tinggal di rumah sendiri' - Tunku Aminah
#Dennis Muhammad #Islam #Johor Bahru #perkahwinan #Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim