Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengakui rakyat sedang menerima tekanan akibat kos hidup yang semakin meningkat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik dan kadar tol.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya menyeru kerajaan supaya melihat isu ini secara serius sebelum keadaan tidak terkawal.
Katanya, kombinasi kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menjadikan keadaan semakin gawat dan rakyat gelisah.
“Kerajaan yang ada hari ini dipilih menerusi pilihan raya maka jika mereka tidak berpegang pada janji menaikkan harga barang, pilihan raya seterusnya rakyat akan memutuskan siapakah yang paling layak menjadi kerajaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA, di sini, hari ini.
Ibrahim juga menegaskan PERKASA menolak cadangan supaya demonstrasi jalanan dibuat bagi membantah kenaikan tarif elektrik dan kadar tol.
Katanya Barisan Nasonal (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat.
Jelas beliau rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama.
"Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka.
"Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya.
Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata prestasi BN menjelang PRU14 akan diperhatikan bagi membolehkan PERKASA membuat keputusan sama ada untuk terus menaruh kepercayaan sama seperti PRU13 atau beralih arah.
"Empat tahun berikutnya PERKASA akan memantau dan membuat keputusan sama ada kepercayaan kami sama seperti sebelum PRU13 atau harga barang terus meningkat.
“Jika kerajaan tidak tunaikan janji seperti dalam manifesto, ia akan boleh jadi pelbagai hala. Itu pendirian kita.
"PERKASA bukan alat UMNO tetapi apa yang kita dapati sebelum PRU13, tiada parti yang berkongsi kuasa terbukti selama 50 tahun menjamin keselamatan politik negara," katanya lagi.
Pada Rabu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu wawancara bersama Radio Bangsar Utama memberitahu satu demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang Pakatan Rakyat dan kumpulan aktivis pada 1 Mei, 2014.
Beliau berkata demonstrasi raksasa itu akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin Pakatan Rakyat selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.
Katanya, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh PAS, DAP dan PKR namun tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.
Astro Awani
Thu Dec 19 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Fitnah: Wakil rakyat DAP mohon maaf terhadap Presiden Perkasa
Wakil Rakyat DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz memohon maaf kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana memfitnah.
Kerajaan perlu tegas perkasa agenda nasional - PERKASA
Kerajaan diminta mengambil tindakan lebih tegas dalam memastikan pemerkasaan agenda nasional dapat digerakkan bagi menjamin perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini dapat dieratkan.
Khairul Azwan: UMNO ada peranan sendiri, PERKASA juga ada peranan
Khairul Azwan berkata tidak timbul isu NGO Melayu akan menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan Bumiputera.
Ibrahim Ali cadang Ku Li terajui gabungan NGO Melayu
Ibrahim Ali dalam ucapannya yakin Tengku Razaleigh Hamzah akan mendapat sokongan banyak pihak jika menerajui gabungan NGO itu.
Ibrahim Ali: Perkasa mahu nilai KPI menteri, TPM dan PM
Ibrahim Ali berkata KPI Perdana Menteri dan Timbalannya akan dinilai apakah tindakan mereka merugikan orang Melayu atau tidak.
Ku Li: Rasional subsidi itu baik tetapi perlu selektif
Ahli parlimen Gua Musang itu berkata kerajaan juga perlu mengambil kira kawalan amalan perdagangan yang terlalu monopoli.
Tengku Razaleigh dijadual rasmi perhimpunan agung Perkasa Ahad ini
Tengku Razaleigh dipilih kerana beliau seorang negarawan yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutama dalam bidang ekonomi.
PERKASA: Rakyat tertekan akibat kos hidup meningkat
Kombinasi kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menjadikan keadaan semakin gawat dan rakyat gelisah.
Ibrahim Ali sarankan Mat Sabu dan Zahid berbincang secara baik
Jika kedua pemimpin tersebut berbincang untuk menyelesaikan tuduhan tersebut ianya akan memberi kebaikan kepada umat Islam di negara ini.
Ibrahim Ali: Kenaikan gaji ADUN Selangor boleh masuk rekod dunia
Datuk Ibrahim Ali berkata wakil rakyat di Selangor sepatutnya berkorban untuk rakyat bukan guna dana kerajaan negeri untuk kepentingan mereka.