awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkasa undang-undang, persepsi 'rasuah tidak salah' perlu ditukar - Penganalisis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/03/2021
07:39 MYT
Perkasa undang-undang, persepsi 'rasuah tidak salah' perlu ditukar - Penganalisis
Ada yang terlalu mengambil mudah hal rasuah dan menganggap ia tidak salah sehinggakan ada yang fikir rasuah perlu untuk melicinkan satu-satu tugas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sikap mengambil mudah dan memandang rasuah sebagai hal biasa merupakan salah satu perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha menambah baik undang-undang berkaitan rasuah di negara ini.
Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir berpendapat, akta dan undang-undang yang ada di Malaysia ketika ini sudah cukup kuat namun persepsi salah terhadap rasuah menyukarkan keadaan.
"Kita terlalu mengambil mudah hal rasuah dan menganggap ia tidak salah. Malah ada yang fikir rasuah perlu untuk melicinkan satu-satu tugas.
"Kalau kita lihat negara yang berada dalam kedudukan ranking yang baik dalam indeks rasuah, mereka ada kesedaran yang sangat tinggi tentang rasuah.
"Ketua-ketua dan pemimpin negara mereka mengamalkan sikap yang bersih dan menjauhkan diri dengan rasuah. Jadi itu yang penting sebenarnya," katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel di sebuah portal yang menyebut undang-undang rasuah di Malaysia ketika ini sudah ketinggalan zaman dan perlu diperkasakan, susulan jenayah rasuah kini yang semakin canggih dan kompleks.
Dalam masa sama, Dr Salawati menegur beberapa institusi yang dilihat perlu lebih tegas dalam menjalankan peranan membantu memerangi jenayah rasuah.
"Selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kita juga ada Institut Integriti Malaysia dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC). Tetapi ketika ini saya nampak peranan mereka agak tenggelam, jarang dilihat umum membantu SPRM.
"Saya fikir kedua-dua institusi ini perlu diberi tempat dalam high level meeting dan apa sahaja kegiatan melibatkan Perdana Menteri.
"Dari situ, masyarakat akan nampak ada tempias apabila PM sendiri turun padang bersama mereka dan SPRM, sekaligus memulihkan padangan tentang momentum pergerakan anti rasuah di negara kita.
"Sekarang ini kita nampak seperti mereka ini diketepikan dan yang menonjol adalah SPRM, sedangkan kita juga perlukan peranan besar mereka," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM
#integriti
#undang-undang
#jenayah
#Perdana Menteri
#pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan