MALAYSIA
Perkembangan baharu Majlis Media Malaysia bakal diumum pada kemuncak HAWANA 2025 - Fahmi
Fahmi ketika berucap pada Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2025 di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perkembangan baharu mengenai Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka diumumkan semasa kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun depan.
Ringkasan AI
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, MMM diwujudkan dengan misi jelas, iaitu mempertahankan kebebasan media, memastikan laporan yang adil dan bertanggungjawab, serta menjadi saluran untuk orang ramai menyuarakan aduan terhadap media secara berhemah.
“Dalam kita membina ekosistem ini, satu lagi pencapaian penting telah direkodkan tahun ini apabila Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Februari.
“Setelah lebih 50 tahun penubuhannya dibincangkan, akhirnya negara kita berjaya mewujudkan Majlis Media Malaysia, sebuah badan kawal selia kendiri yang menghimpunkan semua jenis media yang merangkumi media cetak, penyiaran dan digital,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2025 di sini hari ini.
Fahmi turut melahirkan keyakinan bahawa dengan dengan penubuhan MMM dan inisiatif lain, kerajaan sedang meletakkan asas yang kukuh untuk masa depan media Malaysia.
Bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Mengimbangi AI dan Etika”, sambutan HAWANA 2025 akan berlangsung di WTC KL pada 13 hingga 15 Jun, dengan kemuncak sambutan pada 14 Jun akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih 1,000 pengamal media, wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media daripada negara anggota ASEAN dijemput sekali gus menghimpunkan kumpulan media profesional dan pakar industri, sambil bertukar-tukar idea serta menjalinkan hubungan strategik.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium bagi membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri.
Sementara itu, Fahmi berkata pada 14 Mei 2025, Akta BERNAMA (Pindaan) 2024 telah diwartakan dengan merangkumi entiti yang menyebarkan berita melalui pelbagai platform seperti surat khabar, penerbitan, radio, televisyen, serta platform komunikasi massa lain termasuk media elektronik dan digital.
“Pindaan ini juga bertujuan memastikan struktur dan fungsi Bernama sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, serta memenuhi keperluan industri media yang semakin kompleks,” katanya.
Pada majlis hari ini, Fahmi turut merasmikan MOTORHOME-BERNAMA Mobile Studio, menjadikan Bernama agensi media pertama di Malaysia menggunakan kenderaan rekreasi atau motorhome dilengkapi kemudahan studio siaran bergerak, yang boleh digunakan secara dinamik untuk menyalurkan berita dengan pantas.
“Tahniah dan syabas kepada Bernama yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatannya dan terus unggul menjadi sumber berita diyakini.
“Saya percaya kemudahan BERNAMA Mobile Studio ini mampu memperkukuh operasi liputan luar dan penghasilan berita secara lebih fleksibel,” katanya.
Ringkasan AI
- Pengumuman penting mengenai Majlis Media Malaysia (MMM): Perkembangan baharu berkaitan MMM dijangka diumumkan semasa kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun, bertujuan mempertahankan kebebasan media dan memastikan laporan yang bertanggungjawab.
- HAWANA 2025 sebagai platform industri media: Acara ini akan berlangsung di WTC KL dari 13 hingga 15 Jun, menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media dari Malaysia dan ASEAN untuk membincangkan peranan kewartawanan dalam era AI serta etika media.
- Bernama perkenalkan studio siaran bergerak: Akta BERNAMA (Pindaan) 2024 telah diwartakan, selaras dengan evolusi teknologi komunikasi, dan Bernama melancarkan MOTORHOME-BERNAMA Mobile Studio sebagai inovasi liputan berita lebih fleksibel.