awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkenal cukai kekayaan, teruskan inisiatif 'rent to own' - Wan Agyl

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/11/2018
23:25 MYT
Perkenal cukai kekayaan, teruskan inisiatif 'rent to own' - Wan Agyl
Menurut Wan Agyl, inisiatif 'rent to own' diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional sangat mampan, telus dan lebih jelas dalam menyelesaikan masalah perumahan mampu milik dihadapi rakyat. - Gambar hiasan
Seorang anggota Pemuda UMNO mencadangkan beberapa solusi yang dilihat mampu membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkemaskan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.
Antara lain, Wan Agyl Wan Hassan menyarankan pengenalan cukai kekayaan atau wealth tax, yang menurutnya boleh membantu menyelesaikan masalah.
Pengarah Strategik Pemuda UMNO itu turut menganjurkan supaya PH meneruskan inisiatif rent to own yang sebelum ini dilaksanakan menerusi skim Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
Bercakap pada satu sesi dialog di sini semalam, Wan Agyl mempersoalkan inisiatif property crowding di bawah Belanjawan 2019 yang katanya tidak pasti menguntungkan pihak mana.
"Kerajaan patut kenakan cukai kepada orang kaya. Ini akan menyelesaikan banyak masalah.
"Cukai juga perlu dikenakan kepada pembeli rumah kedua dan seterusnya. Jika ini berlaku, ia mungkin membantu menyelesaikan satu masalah yang signifikan, iaitu kenaikan harga rumah.
"Rent to own pula merupakan inisiatif yang sangat mampan, telus dan lebih jelas, dari kerajaan Barisan Nasional.
"Saya tidak faham siapa yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif property crowding yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2019. Yang pasti, bukan golongan B40 dan pembeli rumah pertama," ujarnya.
Wan Agyl pada Isnin menyertai sesi 'Dialog Ekonomi Bumiputera Siri IV 2018: Belanjawan 2019, Kesejahteraan Bersama', anjuran bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Kapital Malaysia.
Turut mengambil bahagian ialah pakar ekonomi, Azlan Awang dan Pegawai Tugas Khas Menteri Belia dan Sukan, Wan Fayhsal Wan Kamal.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Belanjawan 2019
#Bumiputera
#cukai
#cukai kekayaan
#ekonomi
#Pakatan Harapan
#Pemuda UMNO
#property crowding
#rumah
#Wan Agyl Wan Hassan
#wealth tax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan