awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkenal sistem kuota bagi pekerja tempatan di Labuan - PKR

Bernama
Bernama
22/07/2023
22:45 MYT
Perkenal sistem kuota bagi pekerja tempatan di Labuan - PKR
Simsudin (tiga, kanan) menyampaikan Faedah PERKESO kepada Mohd Haziq Ramzi Abdul Halim pada majlis di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan Labuan 22 Julai 2023. --fotoBERNAMA
LABUAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencadangkan agar sistem kuota diperkenal dalam struktur pekerjaan bagi sektor ekonomi utama dengan penduduk tempatan diberikan keutamaan.
Ketua PKR Labuan Simsudin Sidek berkata kadar nisbah yang munasabah bagi pekerja tempatan dan bukan tempatan hendaklah diperkenal dalam usaha menghapuskan penghijrahan tenaga kerja berpotensi ke luar pulau itu.
"Memandangkan kita telah menyaksikan syarikat multinasional dan syarikat awam tersenarai beroperasi di pulau ini, kita perlu memfokus kepada kepentingan tempatan dengan keutamaan dalam pekerjaan ditawarkan kepada penduduk setempat.
"Kita mempunyai ramai lepasan universiti tempatan sama ada yang sedang menganggur atau sudah berhijrah ke Semenanjung untuk mencari peluang pekerjaan," katanya kepada Bernama selepas mewakili Senator Tan Sri Anifah Aman merasmikan Karnival Kerjaya MADANI di Kompeks Taman Kewangan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata justeru, sistem kuota akan membantu mengurangkan kadar penganggguran dalam kalangan lepasan universiti di Labuan.
Simsudin, yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan (LC), berkata sememangnya dapat dilihat dengan ketara bahwa banyak perniagaan di pulau bebas cukai itu menawarkan pelbagai jawatan kosong.
"Jika orang tempatan kita tidak cukup berpengalaman untuk mengisi kekosongan jawatan itu, majikan wajib menyediakan latihan bagi melengkapkan penduduk setempat dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.
"Memandangkan banyak perniagaan yang menjalankan aktiviti di sini, mereka harus bersedia menerima penduduk tempatan sebagai sebahagian daripada pasukan operasi mereka... melatih orang tempatan untuk menjadi kompeten atau sekurang-kurangnya memenuhi jangkaan mereka," katanya.
Beliau berkata untuk merealisasikan sistem kuota dalam tenaga kerja tempatan dan bukan tempatan, pihak berkuasa LC hendaklah dilibatkan dalam inisiatif ini.
"Memandangkan LC adalah pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen perniagaan ini, ia boleh memainkan peranan dalam memastikan majikan mematuhi sistem kuota," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#PKR
#sistem kuota
#pekerja tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan