awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
02/01/2025
09:21 MYT
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso menjelaskan, dua pindaan akta perundangan itu termasuk Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). - Gambar fail/Perkeso
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Dalam satu kenyataan, Perkeso menjelaskan, dua pindaan akta perundangan itu termasuk Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
“Untuk 2025, Perkeso ada beberapa pelan besar menanti untuk direalisasikan yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat demi menjamin keterangkuman aspek keselamatan sosial di Malaysia.
“Perkeso juga memberi tumpuan kepada aspek inovasi yang ditekankan dalam Forum Keselamatan Sosial Serantau (RSSF) Asia dan Pasifik baru-baru ini,” jelas kenyataan itu, hari ini.
Dalam pada itu, kenyataan itu menjelaskan, siri pembaharuan berkenaan dilakukan kerana jaringan keselamatan sosial harus kekal relevan seiring peredaran masa.
Sementara itu, kenyataan itu menambah, Perkeso bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah bersedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Forum Keselamatan Sosial Sedunia (WSSF) 2025 yang akan diadakan pada 29 September sehingga 3 Oktober depan.
“Ia dijangka dihadiri 338 agensi dan institusi dari 163 negara dalam kalangan ahli Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA),” jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pindaan akta
#SKBBK
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan