PENDANG: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar pampasan lebih RM11.19 juta kepada pekerja yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja melibatkan 15,036 kes setakat 18 Sept lepas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata daripada jumlah itu lebih RM10 juta dibayar kepada pekerja tempatan membabitkan 13,170 kes, manakala lebih RM1 juta dibayar kepada pekerja asing membabitkan 1,866 kes.
"Selain itu, untuk faedah pengurusan jenazah yang melibatkan kes kematian disebabkan COVID-19 pula, jumlah bayarannya ialah lebih RM3.5 juta bagi 1,792 kes yang membabitkan pekerja tempatan.
Bagi kes kematian melibatkan pekerja asing pula, Perkeso telah membuat bayaran pampasan berjumlah RM3,500 untuk pengurusan jenazah yang membabitkan dua kes," katanya dalam sidang media selepas meninjau Program Khidmat Masyarakat Imunisasi COVID-19 Daerah Pendang di sini, hari ini.
Program anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Pendang itu turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Mengulas mengenai program itu, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata ia adalah usaha kementeriannya menerusi MNKKP untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan dewasa di daerah ini yang masih merekodkan kadar vaksinasi rendah.
"Kita menyedari fakta seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) bahawa kadar vaksinasi (lengkap dua dos) dalam kalangan penduduk dewasa yang layak mendapat suntikan vaksin di daerah ini adalah masih rendah, iaitu pada kadar 51.16 peratus bersamaan 38,115 orang (setakat semalam).
Atas kesedaran itu, kita membantu mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan penduduk dengan mengambil pendekatan turun ke lapangan masuk ke dalam kampung bagi membantu meningkatkan pendaftaran dan kesedaran kepentingan vaksinasi dalam membentuk imunisasi kelompok," katanya.
Awang berkata setakat ini, program khidmat masyarakat itu telah dilaksanakan di beberapa kawasan di Daerah Pendang iaitu di Kampung Bukit Tegur, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Lahar Tunjung, KEDA Asam Jawa dan KEDA Tanjung Setul.
"Turut dirancang adalah program seumpama ini yang akan dilaksanakan di beberapa daerah di negeri Kedah yang kadar vaksinasinya masih lagi rendah seperti Sik dan Baling...usaha sebegini akan diteruskan malahan akan disebar luaskan sebagai usaha untuk mempercepatkan peralihan (negeri Kedah) kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan bersama timbalannya, Datuk Awang Hashim berbincang sesuatu dengan para petugas kesihatan ketika hadir pada Program Outreach Imunisasi COVID-19 Daerah Pendang. - BERNAMA
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.