awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso gantung RM423 juta bayaran PenjanaKerjaya

Bernama
Bernama
15/07/2022
04:22 MYT
Perkeso gantung RM423 juta bayaran PenjanaKerjaya
Mohammed Azman berkata majikan yang telah menyalahguna dana program berkenaan atau telah mengemukakan permohanan tanpa mengikut syarat yang ditetapkan, diminta membuat bayaran balik secara sukarela. - Perkeso
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menggantung bayaran Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) sebanyak RM423 juta susulan terdapat penyelewengan dan tuntutan palsu membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan.
Katanya siasatan berhubung kes tuntutan palsu PenjanaKerjaya itu dibuat melalui Ops Hire, yang dilaksanakan secara bersepadu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula Rabu lepas, setelah pemantauan dan risikan sejak Mei mendapati ada majikan mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana PenjanaKerjaya.
"Perkeso amat menekankan nilai integriti, kejujuran dan amanah dalam pengagihan bantuan kewangan kerajaan kerana ia melibatkan dana awam.
"Perkeso mengingatkan para majikan supaya jujur dan dan berintegriti dalam mengemukakan permohonan untuk apa-apa program bantuan kerajaan termasuk PenjanaKerjaya yang dilaksanakan oleh agensi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata majikan yang telah menyalahguna dana program berkenaan atau telah mengemukakan permohanan tanpa mengikut syarat yang ditetapkan, diminta membuat bayaran balik secara sukarela atau berhubung dengan pihaknya sebelum sebarang tindakan diambil.
"Perkeso memandang serius isu penyelewengan ini kerana bantuan kewangan kerajaan bertujuan untuk meringankan beban pihak yang layak serta benar-benar memerlukan, mengikut syarat dan kaedah yang ditetapkan," katanya.
Beliau turut memaklumkan Perkeso telah membuat bayaran sebanyak RM1.72 bilion kepada 45,379 majikan bagi menempatkan 327,789 pencari kerja ke dalam pekerjaan melalui PenjanaKerjaya sehingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#tuntutan palsu
#PenjanaKerjaya
#Ops Hire
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan