PERKESO gegar Shah Alam dengan Festival Mega i LINDUNG u 2025

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed (tengah) ketika gimik pelancaran Festival Mega i LINDUNG u 2025 pada Jumaat. - Foto PERKESO
SHAH ALAM: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjemput orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan Festival Mega i LINDUNG u 2025, acara tiga hari yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat.
Ringkasan AI
- PERKESO menjemput orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan Festival Mega i LINDUNG u 2025, acara tiga hari yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat.
- Berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober di pekarangan Stadium Shah Alam, festival berskala mega ini dijangka menarik lebih 70,000 pengunjung dengan pelbagai pengisian menarik.
- Penganjuran festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu seruan agar rakyat menjadikan perlindungan sosial sebagai gaya hidup sejahtera dan bertanggungjawab.
“Bila sebut tentang Festival Mega i LINDUNG u kita sebut akronim yang sangat mudah ataupun sangat catchy untuk menarik orang ramai di sekitar Lembah Klang ini untuk turun ke festival ini.
“Ini merupakan festival kali pertama kita anjurkan dan PERKESO ingin mendekatkan hati masyarakat, pencarum kita khususnya dalam kita menguar-uarkan perkhidmatan yang kita sediakan.
“Program ini juga adalah kesinambungan penjenamaan semula PERKESO yang dilakukan pada 22 Ogos yang lalu,” katanya.

Mohammed Azman beramah mesra bersama petugas di reruai PERKESO sempena Festival Mega i LINDUNG u 2025 yang menghimpunakn pelbagai insiatif perlindungan sosial dan peluang pekerjaan untuk orang ramai. - Foto PERKESO
Melalui penjenamaan semula itu, PERKESO memperkenalkan empat produk utama iaitu Lindung Pekerja, Lindung Kendiri, Lindung Kasih dan Lindung Kerjaya yang merangkumi semua golongan termasuk graduan baharu hingga ke peringkat pengurusan, dengan tawaran gaji sehingga RM10,000.
Bagi majikan pula, Roshaimi berkata festival ini turut memberi peluang untuk mereka menyelesaikan tunggakan caruman dengan diskaun besar.
“Kepada semua para majikan yang tidak sengaja culas ataupun khilaf dari segi membayar caruman sehingga dikeluarkan notis kompaun, sepanjang tiga hari festival ini berlangsung kita akan bagi pengecualian ataupun pengurangan dari segi bayaran caruman FCLB sebanyak 80 peratus.
“Bukan mudah ya, jadi rebut peluang untuk datang beramai-ramai ke Festival Mega i LINDUNG u ni,” katanya.
Selain peluang mendapatkan maklumat dan perkhidmatan PERKESO, pengunjung juga boleh menjalani saringan kesihatan percuma oleh Bahagian Perubatan dan Pemulihan PERKESO serta saringan kanser percuma oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Petugas PERKESO memberi penerangan kepada pengunjung mengenai manfaat program Lindung Pekerja. - Foto PERKESO
Aktiviti lain termasuk senaman “POUND”, dekorasi kek tiramisu Lindung Kasih, bual bicara Lindung Pekerja, pertandingan e-Sport Lindung Kendiri, serta perkongsian inspirasi bersama pempengaruh Makkiah Ferry dan persembahan silap mata oleh Mawie Magic.
Menambah kemeriahan, lebih 60 gerai jualan makanan, minuman dan produk komuniti turut disediakan di lokasi.
Suasana malam pula dimeriahkan dengan pentas utama yang dihangatkan dengan Konsert i LINDUNG u, menampilkan barisan artis popular seperti Rabbani, Drama Band, Kartika, Kristal X dan Sofazr.
Festival bakal berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM20,000, termasuk tablet, basikal dan vacuum cleaner.
PERKESO menjemput semua lapisan masyarakat daripada pekerja, majikan, pencari pekerjaan hingga keluarga untuk hadir dan bersama-sama menyemarakkan semangat i LINDUNG u 2025.

Ayuh datang ke Festival Mega i LINDUNG u 2025 di mana hiburan, pengisian menarik berhubung PERKESO dan pelbagai aktiviti menarik digabungkan dalam satu acara. Jangan lepaskan peluang. - Foto PERKESO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


