MALAYSIA
PERKESO gegar Shah Alam dengan Festival Mega i LINDUNG u 2025
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed (tengah) ketika gimik pelancaran Festival Mega i LINDUNG u 2025 pada Jumaat. - Foto PERKESO
SHAH ALAM: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjemput orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan Festival Mega i LINDUNG u 2025, acara tiga hari yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat.
Ringkasan AI
Berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober di pekarangan Stadium Shah Alam, festival berskala mega ini dijangka menarik lebih 70,000 pengunjung dengan pelbagai pengisian menarik, hadiah lumayan serta peluang menyemak, mendaftar dan memahami lebih dekat skim perlindungan sosial di bawah PERKESO.
Menurut Ketua Pegawai Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, Roshaimi Mat Rosely, penganjuran festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu seruan agar rakyat menjadikan perlindungan sosial sebagai gaya hidup sejahtera dan bertanggungjawab.
“Bila sebut tentang Festival Mega i LINDUNG u kita sebut akronim yang sangat mudah ataupun sangat catchy untuk menarik orang ramai di sekitar Lembah Klang ini untuk turun ke festival ini.
“Ini merupakan festival kali pertama kita anjurkan dan PERKESO ingin mendekatkan hati masyarakat, pencarum kita khususnya dalam kita menguar-uarkan perkhidmatan yang kita sediakan.
“Program ini juga adalah kesinambungan penjenamaan semula PERKESO yang dilakukan pada 22 Ogos yang lalu,” katanya.
Melalui penjenamaan semula itu, PERKESO memperkenalkan empat produk utama iaitu Lindung Pekerja, Lindung Kendiri, Lindung Kasih dan Lindung Kerjaya yang merangkumi semua golongan termasuk graduan baharu hingga ke peringkat pengurusan, dengan tawaran gaji sehingga RM10,000.
Bagi majikan pula, Roshaimi berkata festival ini turut memberi peluang untuk mereka menyelesaikan tunggakan caruman dengan diskaun besar.
“Kepada semua para majikan yang tidak sengaja culas ataupun khilaf dari segi membayar caruman sehingga dikeluarkan notis kompaun, sepanjang tiga hari festival ini berlangsung kita akan bagi pengecualian ataupun pengurangan dari segi bayaran caruman FCLB sebanyak 80 peratus.
“Bukan mudah ya, jadi rebut peluang untuk datang beramai-ramai ke Festival Mega i LINDUNG u ni,” katanya.
Selain peluang mendapatkan maklumat dan perkhidmatan PERKESO, pengunjung juga boleh menjalani saringan kesihatan percuma oleh Bahagian Perubatan dan Pemulihan PERKESO serta saringan kanser percuma oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Aktiviti lain termasuk senaman “POUND”, dekorasi kek tiramisu Lindung Kasih, bual bicara Lindung Pekerja, pertandingan e-Sport Lindung Kendiri, serta perkongsian inspirasi bersama pempengaruh Makkiah Ferry dan persembahan silap mata oleh Mawie Magic.
Menambah kemeriahan, lebih 60 gerai jualan makanan, minuman dan produk komuniti turut disediakan di lokasi.
Suasana malam pula dimeriahkan dengan pentas utama yang dihangatkan dengan Konsert i LINDUNG u, menampilkan barisan artis popular seperti Rabbani, Drama Band, Kartika, Kristal X dan Sofazr.
Festival bakal berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM20,000, termasuk tablet, basikal dan vacuum cleaner.
PERKESO menjemput semua lapisan masyarakat daripada pekerja, majikan, pencari pekerjaan hingga keluarga untuk hadir dan bersama-sama menyemarakkan semangat i LINDUNG u 2025.
Ringkasan AI
- PERKESO menjemput orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan Festival Mega i LINDUNG u 2025, acara tiga hari yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat.
- Berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober di pekarangan Stadium Shah Alam, festival berskala mega ini dijangka menarik lebih 70,000 pengunjung dengan pelbagai pengisian menarik.
- Penganjuran festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu seruan agar rakyat menjadikan perlindungan sosial sebagai gaya hidup sejahtera dan bertanggungjawab.