KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata Ops Kesan Ke-15 itu dilaksanakan selepas Bulan Pemutihan yang memberi peluang kepada majikan untuk mendaftar dan mencarum pekerja tanpa dikenakan sebarang penalti, tamat pada 30 Jun lepas.
Beliau berkata sebanyak 15,540 majikan, selain 262,011 pekerja baharu yang layak mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) berdaftar dengan Perkeso.
"Mengikut jumlah pekerja baharu yang didaftarkan, 90,068 daripadanya adalah pekerja tempatan, manakala 171,943 lagi ialah pekerja asing.
"Perangkaan ini merekodkan peningkatan 30.5 peratus bagi jumlah majikan dan 32.6 peratus untuk jumlah pekerja berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Kesan Peringkat Kebangsaan 2024 di Bangi, semalam.
Beliau berkata menerusi Ops Kesan Ke-15 melibatkan 1,000 anggota di seluruh negara, semua majikan yang mengajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja, tanpa mengira jumlah gaji, perlu mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka, sebagaimana peruntukan Seksyen 4 dan 5 (Akta 4), serta Seksyen 14 dan 16 (Akta 800).
Sepanjang pelaksanaan Ops Kesan sejak 2009 hingga Jun 2024, sebanyak 22,251 notis kompaun dengan nilai berjumlah RM17 juta dikeluarkan kepada majikan yang gagal mendaftar perusahaan dan pekerja, manakala 24,500 kes sudah didakwa atas pelbagai kesalahan.
Setakat 6 petang semalam, sebanyak 4,408 lawatan pemeriksaan ke atas premis dilaksanakan menerusi Ops Kesan Ke-15 yang menyaksikan pengeluaran notis kompaun berjumlah 791 di bawah Akta 4 dan Akta 800 dengan kumulatif kompaun bagi kedua-dua Akta adalah sebanyak RM654,500.
Berdasarkan perangkaan ini juga mendapati 18 peratus majikan gagal mematuhi undang-undang di bawah Akta 4 dan Akta 800.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Mohammed Azman berkata Ops Kesan Ke-15 itu dilaksanakan selepas Bulan Pemutihan yang memberi peluang kepada majikan untuk mendaftar dan mencarum pekerja tanpa dikenakan sebarang penalti, tamat. - Gambar fail/Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.