awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa

Bernama
Bernama
14/12/2023
13:27 MYT
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Steven Sim yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu sentiasa memperbaharui dasar dan program perlindungan pekerja selaras perkembangan semasa, terutama risiko terkini seperti perubahan iklim, teknologi, pola ekonomi serta pasaran kerja.
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang di sini pada Khamis.
"Seluruh dunia sedang berkembang pesat. Andai kita masih di takuk lama, kita akan ketinggalan. Lipat gandakan usaha, sematkan tekad perjuangan kita demi limpah manfaat masyarakat," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Perkeso, hari ini.
Turut sama dalam rangka lawatan itu Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Menurut kenyataan Perkeso delegasi menteri dan timbalan menteri yang tiba 11 pagi itu, dibawa meninjau operasi di kaunter sebelum menghadiri taklimat khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Turut diperincikan dalam taklimat berkenaan ialah perkembangan isu semasa, termasuk insiden pencerobohan siber pada 2 Dis, yang ketika ini di peringkat siasatan forensik dalaman.
Sim yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, sementara Abdul Rahman sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#perlindungan pekerja
#Steven Sim
#Menteri Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan