awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
Butiran baharu cip Intel Arrow Lake Refresh muncul melalui penanda aras Geekbench
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PERKESO salur bantuan kepada mangsa letupan universiti

Bernama
Bernama
15/01/2026
03:20 MYT
PERKESO salur bantuan kepada mangsa letupan universiti
Seorang pelajar maut manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di Help University pada Isnin lepas. - Foto fail/JBPM
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggerakkan Skuad PERKESO Prihatin bagi meneliti bantuan boleh disalurkan kepada mangsa letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara yang mengorbankan seorang pelajar, Isnin lepas.
PERKESO memaklumkan dua daripada mangsa yang cedera dalam insiden itu merupakan pencarum di bawah LINDUNG Pekerja, sekali gus melayakkan mereka menerima faedah di bawah skim tersebut.
Menurut pertubuhan itu, kedua-dua mangsa Teh Wee Leon, 32 yang merupakan seorang pensyarah serta kontraktor Liew Yeng Chen, 55, layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) hasil daripada caruman mereka selama ini.
"Selain itu, PERKESO juga akan meneliti faedah lain yang boleh diberikan kepada mangsa. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan keluarga, yang semestinya masih lagi terkejut dengan insiden menggemparkan ini," katanya.
PERKESO akan berhubung terus dengan majikan mangsa bagi melaporkan kemalangan tersebut dan melaksanakan proses seterusnya berkaitan pemberian faedah.
Dalam pada itu, semakan lanjut mendapati tiga daripada mangsa yang cedera iaitu kontraktor penyelenggaraan dan pekerja kantin, tidak mempunyai sebarang caruman kepada PERKESO manakala yang selebihnya ialah pelajar.
"Siasatan terperinci akan dijalankan ke atas majikan terlibat bagi mengenal pasti punca majikan tidak mencarum ke atas mangsa yang terlibat (kecuali pelajar)," katanya.
PERKESO memaklumkan pihaknya akan menyalurkan maklumat kes itu kepada agensi lain yang berkaitan bagi memastikan bantuan bersesuaian disampaikan kepada semua mangsa.
Menurut laporan media, seorang pelajar maut manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di Help University pada Isnin lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata mangsa yang maut dikenali Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang sedang menjalani latihan industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#letupan
#bantuan
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan