KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu telah mendakwa 21 majikan degil atas pelbagai pertuduhan bagi tempoh 1 Jan hingga April tahun ini.
Pengarahnya Farihah Che Husin berkata kesalahan termasuk gagal mendaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
Beliau berkata selain itu, pihaknya turut mengeluarkan 27 kompaun atas kesalahan lewat melaporkan kemalangan pekerja dalam tempoh ditetapkan yang boleh menjejaskan kebajikan pekerja atau waris.
"Tahun lepas kita dakwa 32 majikan dan keluarkan 77 kompaun atas kesalahan sama. Nilai keseluruhan denda ialah RM26,000.
"Jadi saya nak ingatkan semua majikan di luar sana supaya segera mendaftar bagi mengelak didakwa atau didenda," katanya selepas penyerahan surat pencen kepada Nur Farahan Shahdan, 32, balu kepada Allahyarham Muhammad Husaini Amir Harun, 29, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang, Negeri Sembilan, Jumaat lepas.
Farihah juga menasihatkan supaya majikan di negeri ini mengambil kesempatan untuk mendaftar atau mencarum pekerja serta perusahaan masing-masing sempena bulan Op Pemutihan Perkeso 2023 yang bermula 1 Mei hingga 30 Jun ini.
Menurutnya operasi kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana tempoh yang diberikan kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja lebih panjang bagi menggalakkan mereka tampil secara sukarela.
"Ini kali pertama Perkeso memberi tempoh dua bulan kepada majikan yang layak untuk tampil mendaftar atau mencarum secara sukarela.
"Malah tiada tindakan kompaun atau pendakwaan akan dikenakan walaupun majikan yang sepatutnya mendaftar pekerja mereka, didapati lewat berbuat demikian," katanya.
Bagaimanapun, katanya jika mana-mana majikan didapati masih gagal mendaftar pekerja atau perusahaan selepas tempoh Op Pemutihan Perkeso 2023, tindakan tegas akan diambil tanpa pertimbangan atau pengecualian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Antara kesalahan termasuk gagal mendaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. -Gambar fail
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.
SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.
Perkeso laksana pelarasan kos sara hidup bermula Januari tahun depan
Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.