awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso turun padang promosi Skim Pekerja Sendiri

Bernama
Bernama
12/09/2020
21:14 MYT
Perkeso turun padang promosi Skim Pekerja Sendiri
Awang (kanan) menyampaikan replika cek kepada waris Tuan Isma Farazilahidayah bagi pengurusan jenazah. Replika diterima suaminya Mohd Haqimee. Turut kelihatan, Nora. -- fotoBERNAMA
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan turun padang bagi mempromosi Skim Pekerja Sendiri (SPS) yang baru diwujudkan supaya lebih ramai rakyat di peringkat bawahan memperoleh faedah perlindungan diri, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.
Beliau menggesa golongan bekerja sendiri seperti petani, nelayan, tukang rumah, peniaga kecil dan pekerja ladang agar membuat caruman untuk manfaat masing-masing dan waris sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap mereka sebagai pencarum.
"Syaratnya cukup mudah, cuma mendaftar di pejabat-pejabat Perkeso berdekatan tanpa memerlukan syarat-syarat ketat, hanya memerlukan pengesahan dari pemimpin setempat untuk memperakui kelayakan," katanya di sini, pada Sabtu, selepas menyampaikan faedah Perkeso kepada waris Tuan Isma Farazilahidayah Ismail, 38, yang maut dalam kemalangan pada 2 Sept lepas,
Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 telah dikreditkan ke dalam akaun suaminya Mohd Haqim Che Lah dan suaminya turut menerima Pencen Penakat sebanyak RM650 sebulan seumur hidup.
BACA: Wanita maut kereta terbabas langgar besi penghadang jalan
Awang berkata mereka hanya perlu membayar caruman sebanyak RM157.50 sen setahun atau jika tidak mampu mereka dibenarkan membuat bayaran ansuran bulanan.
Sementara itu Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata bagi tempoh Januari tahun ini sehingga kini, sebanyak 56 pencarum sudah mendapat faedah yang membabitkan peruntukan sebanyak RM7 juta.
--- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Awang Hashim
#bawahan
#faedah keselamatan diri
#Kelantan
#keselamatan
#menteri
#nelayan
#Nora Yaacob
#Pencen Penakat
#peniaga
#perkeso
#perlindungan
#rakyat
#rumah
#Skim Pekerja Sendiri
#SPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan