Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah proses pemberian Sijil Halal hendaklah diperketat dengan memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan.
Baginda bertitah aspek kandungan ramuan, proses sembelihan, pengeluaran, kebersihan premis, persekitaran dan rantaian pergerakan produk akan membuatkan industri berlumba-lumba memberikan kualiti terbaik untuk memenuhi tuntutan halal.
Titah baginda, sijil pengesahan halal merupakan indikator yang memberi jaminan bahawa produk bukan sahaja halal bahkan menepati kriteria bersih, selamat dan mencapai objektif 'Halalan Toyyiban.'
"Peranan kita memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kekal sebagai paling dihormati sangat besar kerana banyak negara termasuk negara bukan Islam kini cuba menjadi pelopor industri halal.
"Negara akan rugi jika tiada usaha ke arah itu dilaksanakan dengan tegas kerana produk yang mendapat Sijil Halal boleh menembusi pasaran seluruh dunia," titah Syed Faizuddin ketika merasmikan masjid Al-Mustaghfirin dan penyampaian sumbangan asnaf Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) 2014/1435H, Bukit Chabang di sini malam tadi.
Baginda mahu isu halal diberikan fokus dan kedudukan negara sebagai hab halal diperkukuhkan seiring dengan isu halal yang menjadi topik dalam dunia Islam masa kini.
Menurut Syed Faizuddin, Malaysia merupakan hab dan perintis sijil halal di dunia menyebabkan segala piawaian berkaitan Pensijilan Halal Malaysia diterima dan diguna pakai oleh negara-negara Islam dan bukan Islam.
Produk halal yang ada masih tidak mampu memenuhi permintaan 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia dan ini membuka peluang luas untuk usahawan Malaysia meneroka pasaran antarabangsa, titah baginda.
Berhubung industri halal di Perlis, baginda gembira kerana ia semakin berkembang dan terdapat pengusaha dalam industri halal sektor Multinasional, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Industri Kecil serta Industri Mikro.
Dalam pada itu, baginda melahirkan syukur dan terima kasih dengan Takaful Ikhlas Berhad yang menyumbangkan RM50,000 bagi program-program kemasyarakatan di Perlis tahun ini.
Bernama
Fri Jul 11 2014
...
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Perketat proses pemberian sijil halal, titah Raja Muda Perlis
Titah baginda, sijil pengesahan halal merupakan indikator yang memberi jaminan bahawa produk itu mencapai objektif 'Halalan Toyyiban.'
PKBM perketat latihan berbasikal
PKBM akan memperketatkan latihan berbasikal di lebuhraya yang membabitkan pelumba-pelumba tempatan.