awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Aerotrain: Kedua-dua tren kini beroperasi - MAHB

Bernama
Bernama
25/12/2017
09:57 MYT
Perkhidmatan Aerotrain: Kedua-dua tren kini beroperasi - MAHB
Kedua-dua tren bagi perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL kembali beroperasi seperti biasa.
Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan kedua-dua tren bagi perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL kembali beroperasi seperti biasa bermula pukul 3.48 petang tadi.
"Kami berterima kasih kepada pasukan kejuruteraan kami yang bekerja tanpa henti selama 24 jam untuk menjalankan penyenggaraan segera terhadap tren terbabit. Kami juga menghargai kesabaran anda (penumpang)," kata MAHB menerusi laman sosial Facebook rasminya.
MAHB juga memberi jaminan pasukan petugasnya di lapangan terbang lain di negara ini sedang bekerja keras bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang pada musim cuti puncak ini.
Terdahulu, MAHB melaporkan perkhidmatan aerotrainnya tergendala hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan luar jadual susulan pengendalian penumpang dalam kapasiti tinggi dengan anggaran lebih 90,000 orang sehari.
Perkhidmatan aerotrain itu kembali beroperasi pada 11.22 pagi tadi menggunakan satu daripada tren tersebut.
Topic Berkaitan
#aerotrain
#KLIA
#lapangan terbang
#MAHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan