awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan sementara

Bernama
Bernama
02/03/2023
12:13 MYT
Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan sementara
Keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang. - Gambar fail
SEPANG: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihentikan sementara bermula hari ini atas faktor keselamatan.
Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang.
"Susulan keputusan menggantung operasi tren tersebut sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian, sebanyak 18 buah bas perantara akan disediakan untuk kemudahan penumpang.
"Bas tersebut akan beroperasi sepanjang masa bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit," katanya pada sidang media di KLIA di sini hari ini.
Dalam insiden itu, katanya sebuah aerotrain telah terhenti secara tiba-tiba di atas landasan dan sebuah lagi aerotrain yang sepatutnya digunakan bagi membantu membawa penumpang turut mengalami masalah teknikal, sehingga menyebabkan kesemua 114 penumpang terpaksa berjalan kaki sejauh 400 meter ke terminal satelit.
Iskandar Mizal berkata kejadian semalam merupakan insiden kedua penumpang terpaksa berjalan di atas landasan disebabkan masalah teknikal tren berkenaan, sejak mula beroperasi 25 tahun lepas.
Beliau berkata bantuan sewajarnya termasuk penginapan dan tiket penerbangan telah diberikan kepada 10 penumpang yang tertinggal penerbangan akibat insiden semalam.
Dalam pada itu, Iskandar Mizal berkata kerja-kerja pembaharuan perkhidmatan itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dengan kos RM700 juta.
"Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang 'hidup' dan tertakluk kepada ketetapan di mana operasi akan terus berjalan manakala pembinaan aerotrain baharu juga harus diteruskan," katanya yang turut memohon maaf atas kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aerotrain
#KLIA
#penumpang
#perkhidmatan tergendala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan