[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Perkhidmatan dalam talian alami gangguan, Maybank mohon maaf

Faida Rahim 25/07/2023 | 06:30 MYT
Maybank dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas. -fotoBernama
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya di aplikasi MAE dan platform web sedang mengalami gangguan.
Maybank dalam satu kenyataan di Twitter memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.
"Kami menghargai sikap timbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U," katanya.
Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya.
#Maybank #Aplikasi MAE #perkhidmatan dalam talian #platform M2U