MALAYSIA
Perkhidmatan Doktor Udara Sarawak terima sumbangan peralatan daripada AS
Upacara simbolik penyerahan peralatan perubatan di Hangar Layang-Layang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. - Foto Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat
KUCHING: Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia menyumbang pelbagai peralatan perubatan kepada Perkhidmatan Doktor Udara Sarawak bagi memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar khususnya pedalaman.
Majlis penyerahan berlangsung di Hangar Layang-Layang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan disempurnakan oleh Chargé d’Affaires David “Chip” Gamble bersama Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Veronica Lugah.
Antara peralatan disumbangkan termasuk mesin ultrasound mudah alih, penumpu oksigen mini (mini oxygen concentrator), beg perubatan khas, nebulizer, automated external defibrillator (AED), monitor tanda vital, penimbang digital .dan termometer imbas
Gamble berkata Amerika Syarikat komited menyokong usaha Sarawak memperluaskan akses rawatan kesihatan di kawasan luar bandar.
“Sumbangan ini mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak dan mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan Malaysia," jelasnya.
Sementara itu, Dr. Veronica menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan dan menegaskan sumbangan ini akan meningkatkan keberkesanan pasukan perubatan dalam memberi rawatan kecemasan di kawasan terpencil.
Sumbangan hari ini adalah fasa kedua pakej peralatan perubatan bernilai RM250,000 yang disediakan kepada Sabah dan Sarawak.
Pada 29 Mei lalu, Pasukan Sokongan Awam-Ketenteraan Amerika Syarikat bekerjasama dengan Perkhidmatan Doktor Terbang Sabah untuk menghantar peralatan perubatan kritikal di Kota Kinabalu.
Ditubuhkan pada 1973 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Perkhidmatan Doktor Udara telah menjadi nadi bagi komuniti luar bandar yang tidak dapat diakses menggunakan jalan darat bagi menerima rawatan