awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan feri ke Langkawi kembali beroperasi, insiden feri terkandas disiasat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/10/2022
05:49 MYT
Perkhidmatan feri ke Langkawi kembali beroperasi, insiden feri terkandas disiasat
Dalam kejadian jam 4.15 petang Ahad feri penumpang yang membawa 547 penumpang dan kru terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Jadual perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan Langkawi ke Kuala Kedah berjalan seperti biasa hari ini.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, insiden feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terkandas akibat air laut surut berlaku petang Ahad tidak menjejaskan operasi.
Menurutnya, terdapat lima trip perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi berjalan mengikut jadual bermula jam 9.30 pagi, 11 pagi, 1 tengah hari, 2 petang dan 3 petang.
“Manakala jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah pula bermula jam 8 pagi, 10 pagi, 11 pagi, 12 tengahari dan 1 tengah hari.
"Pihak syarikat tidak menerima pembatalan tilet daripada penumpang baik pembelian melalui atas talian ataupun pembelian fizikal di kaunter," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Feri Terkandas | Penumpang panik suhu dalam feri panas
Baharin berkata, pergerakan feri berkapasiti membawa penumpang 450 hingga 600 orang bagi satu perjalanan.
Mengulas insiden berlaku semalam ketika itu paras air laut di muara Kuala Kedah melebihi 1.7 meter dan sememangnya boleh dilalui feri.
“Pihak syarikat masih melakukan siasatan sama ada kapten feri mengubah laluan kerana difahamkan ketika itu terdapat kapal sedang melakukan kerja-kerja pengorekan dan memasuki laluan feri.
“Saya merayu kepada pihak berkenaan supaya menyegerakan kerja mendalamkan alur pelayaran bagi memudahkan feri keluar dan masuk dari Terminal Feri Kuala Kedah seterusnya mengelak daripada insiden feri terkandas berulang,” katanya lagi.
Dalam kejadian jam 4.15 petang Ahad feri penumpang yang membawa 547 penumpang dan kru terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Topic Berkaitan
#feri kandas
#feri langkawi
#paras surut
#Kuala Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan