awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini

Bernama
Bernama
25/02/2021
07:12 MYT
Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Pembukaan semula terminal penumpang Kuala Perlis itu adalah bagi memenuhi permintaan semasa daripada para penumpang yang hendak ke Langkawi. - Gambar fail
ALOR SETAR: Perkhidmatan feri melalui terminal penumpang Kuala Perlis ke Langkawi akan beroperasi semula pada Sabtu ini, dengan hanya satu perjalanan pergi dan balik disediakan.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.
"Pembukaan semula terminal penumpang Kuala Perlis itu adalah bagi memenuhi permintaan semasa daripada para penumpang yang hendak ke pulau berkenaan.
"Bagi terminal penumpang Kuala Kedah pula, kita akan menambah satu lagi perjalanan ke Langkawi yang menjadikan sebanyak dua perjalanan disediakan sehari. Masa perjalanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Baharin berkata pihaknya berharap agar larangan rentas negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan semula bagi membolehkan lebih banyak perjalanan feri disediakan.
"Sebelum ini, sebanyak 10 perjalanan feri sehari disediakan dari Kuala Perlis manakala lapan perjalanan dari Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Penambahan perjalanan feri ini diharap dapat membantu industri pelancongan serta membuka kembali peluang pekerjaan di pulau itu," katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan feri
#Kuala Perlis
#Langkawi
#Konsortium Ferry Line Ventures
#Baharin Baharom
#penumpang
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#terminal feri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan