Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera yang tergendala sejak semalam sudah beroperasi semula petang Ahad.
Perbadanan Bukit Bendera (PHC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kawasan pelancongan itu ditutup sementara dan sudah dibuka semula kepada orang ramai selepas masalah kerosakan sistem pulih sepenuhnya petang Ahad.
"Masalah kerosakan sistem sudah berjaya diatasi dan perkhidmatan keretapi sudah mula beroperasi pada jam 4.45 petang tadi dan kaunter tiket dibuka kepada orang ramai sekitar jam 4.30 petang.
PHC mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan, kesabaran dan kerana memahami masalah yang berlaku pada Sabtu.
PHC juga meminta maaf dan kesal atas apa yang telah berlaku dan berharap orang ramai akan terus berkunjung ke Bukit Bendera.
BACA: Lebih 900 pengunjung terkandas di Bukit Bendera berjaya dibawa turun
Seramai 966 pengunjung Bukit Bendera terkandas apabila perkhidmatan kereta api funikular tergendala berikutan mengalami masalah kerosakan sistem.
Bagaimanapun, kesemua 793 pengunjung dari stesen atas dan 173 pengunjung dari stesen tengah berjaya dibawa turun ke stesen bawah dengan selamat menaiki pacuan empat roda ke Taman Botani.
Mereka kemudiannya di bawa menggunakan bas untuk tiba ke stesen bawah Bukit Bendera untuk ke kenderaan masing-masing.
Astro Awani
Sun Dec 22 2019
Seramai 966 pengunjung Bukit Bendera terkandas apabila perkhidmatan kereta api funikular tergendala berikutan mengalami masalah kerosakan sistem pada Sabtu. - Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Projek pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula 15 Oktober
Beliau berkata tempoh penutupan adalah dari 15 Okt, iaitu sebaik projek berkenaan dimulakan dan mengambil masa selama dua tahun dan dijangka siap 30 Jun 2026.
Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun
PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular.
Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini
PBBPP dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pemeriksaan khas ke atas struktur landasan funikular dijalankan.
Dakwaan Bukit Bendera disenarai 100 'perangkap pelancong' tak benar - Exco
Kenyataan yang dibuat dalam artikel bertarikh 24 Ogos itu sama sekali tidak benar berikutan hanya dibuat berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.
Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam
Kejadian berlaku pada jam 4 petang Ahad, namun perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.45 petang.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Bukit Bendera diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO
Pengiktirafan itu sekali gus menjadikannya sebagai tempat ketiga diiktiraf sebagai rizab biosfera selepas Tasik Chini dan Banjaran Crocker.
Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas
Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu.
Bukit Bendera dijangka terima pengiktirafan UNESCO - PHC
Pengurus Besarnya Datuk Cheok Lay Leng berkata, Kabinet baru-baru ini telah meluluskan kertas kerja untuk permohonannya yang dibentangkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.