awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan internet di Long Semadoh dijangka pulih Ogos ini - MCMC

Bernama
Bernama
16/07/2021
04:26 MYT
Perkhidmatan internet di Long Semadoh dijangka pulih Ogos ini - MCMC
MCMC memaklumkan operasi menara itu terkesan ekoran gangguan pada satelit MEASAT-3 yang telah menjejaskan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terbabit.
KUCHING: Perkhidmatan telekomunikasi dan Internet di Long Semadoh dan lebih 40 kawasan luar bandar di Sarawak dijangka pulih Ogos ini apabila kerja-kerja membaik pulih menara-menara telekomunikasi di kawasan itu siap pada minggu pertama bulan itu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi menara itu terkesan ekoran gangguan pada satelit MEASAT-3 yang telah menjejaskan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terbabit.
"Usaha membaik pulih menara-menara yang terkesan oleh gangguan pada satelit MEASAT-3 di seluruh negara sedang giat dijalankan pihak MEASAT dan pemberi perkhidmatan berkaitan," menurut kenyataan itu.
Sebuah akhbar tempatan memetik Setiausaha Agung Dewan Perdagangan dan Industri Dayak Sarawak Libat Langub pada 13 Julai lepas sebagai berkata perkhidmatan telekomunikasi dan Internet di Long Semadoh telah terjejas lebih sebulan lepas.
Beliau dilaporkan berkata perjalanan ke Long Semadoh dari bandar terdekat iaitu Lawas yang terletak lebih 100 kilometer, mengambil masa antara empat dan lima jam melalui bekas jalan balak yang bergunung-ganang.
Dengan keadaan jalan darat tidak begitu baik itu, penduduknya yang berjumlah kira-kira 2,000 orang dan tinggal di lapan buah kampung amat bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi untuk mendapatkan maklumat khususnya berhubung pandemik COVID-19 ketika ini, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Long Semadoh
#MCMC
#perkhidmatan Internet
#perkhidmatan telekomunikasi
#menara telekomunikasi
#Libat Langub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan