awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera kembali beroperasi mulai esok

Bernama
Bernama
09/06/2020
13:13 MYT
Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera kembali beroperasi mulai esok
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan kembali beroperasi seperti biasa untuk kegunaan orang ramai bermula esok. -Gambar hiasan
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan kembali beroperasi seperti biasa untuk kegunaan orang ramai bermula esok, selaras dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor pelancongan domestik di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataan berkata perjalanan pertama dari "Stesen Bawah" akan bermula pada pukul 6.30 pagi, manakala perjalanan terakhir dari "Stesen Atas" adalah pada pukul 11 malam.
"Pelawat dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan PBBPP bagi mengelak penularan COVID-19," menurut kenyataan itu.
"Pelawat juga dinasihatkan supaya membawa dan memakai pelitup muka masing-masing, masuk menerusi laluan PGCare, menjalani saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan, mengamalkan jarakan sosial, dan mematuhi arahan petugas PBBPP," tambahnya.
"Astaka akan dibuka semula pada 15 Jun, sila ikuti Facebook rasmi PBBPP (https://www.facebook.com/mypenanghill) untuk maklumat terkini. PBBPP juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam mematuhi SOP normal baharu bagi menghalang penularan COVID-19," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#kereta api funikular
#pelancongan domestik
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan