awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang

Bernama
Bernama
12/03/2025
16:16 MYT
Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang
Operasi perkhidmatan KTMB mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur - Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas. - Foto Facebook KTMB Berhad
KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur - Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.
KTMB dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu telah menyebabkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang laluan Pelabuhan Klang - Tanjung Malim - Pelabuhan Klang, serta Batu Caves - Pulau Sebang - Batu Caves mengalami gangguan perkhidmatan dan kelewatan daripada jadual asal antara 60 minit ke 120 minit dengan penggunaan satu landasan sahaja.
Selain itu, bagi penumpang perkhidmatan tren ETS yang mengalami kelewatan melebihi dua jam, mereka boleh mendapatkan pemulangan tambang sekiranya tidak meneruskan perjalanan dengan tren.
"Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh kakitangan kumpulan teknikal KTMB bagi memastikan operasi tren kembali seperti biasa," menurut kenyataan itu.
Sepanjang gangguan perkhidmatan ini, KTMB turut menempatkan petugas di stesen dan anggota Polis Bantuan untuk membantu melancarkan pergerakan penumpang terjejas.
KTMB memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas dan mereka juga boleh mendapatkan info semasa melalui media sosial rasmi KTMB serta menerusi kakitangan KTMB yang bertugas di stesen, dan menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-9779 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#perkhidmatan terjejas
#Pokok tumbang
#tren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan