MALAYSIA
Perkhidmatan Maxis terjejas susulan kebakaran Menara di Kuala Kangsar pulih sepenuhnya
Pemulihan perkhidmatan dilaksanakan secara berperingkat dan selesai sepenuhnya pada jam 1.03 pagi, Isnin. - Gambar media sosial
KUALA LUMPUR : Perkhidmatan Maxis Berhad (Maxis) yang terjejas susulan insiden kebakaran di menara komunikasi yang menempatkan peralatan stesen pemancar CelcomDigi dan Maxis di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak pulih sepenuhnya pada awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
Menurut Maxis, pemulihan perkhidmatan dilaksanakan secara berperingkat dan selesai sepenuhnya pada jam 1.03 pagi, Isnin, melibatkan semua perkhidmatan yang dikongsi menerusi pengaturan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN).
Maxis memaklumkan, sebaik pengesahan dibuat struktur menara berkenaan kekal kukuh, pasukan teknikal syarikat segera menggantikan peralatan radio yang rosak akibat kebakaran tersebut.
"Langkah itu membolehkan sambungan ke tapak terjejas serta empat tapak lain yang bergantung kepadanya dipulihkan, sekali gus menyelesaikan gangguan perkhidmatan yang dialami kira-kira 3,000 pelanggan di kawasan sekitar termasuk pengguna lebuh raya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Maxis memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran.
Syarikat itu turut mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung insiden berkenaan pada Ahad.
Maxis menegaskan komitmennya untuk terus mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian pada tahap tertinggi.
Ini termasuk pematuhan terhadap protokol penyelenggaraan yang ketat, pelaksanaan pemeriksaan teknikal secara berkala serta pemantauan berterusan terhadap infrastruktur rangkaiannya.
Ringkasan AI
- Maxis pulih sepenuhnya perkhidmatan susulan kebakaran di menara komunikasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak pada awal pagi Isnin.
- Pemulihan perkhidmatan dilaksanakan secara berperingkat dengan menggunakan pengaturan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) dan melibatkan semua perkhidmatan yang dikongsi.
- Maxis bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan punca kebakaran, sambil mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian.