Perkhidmatan penjagaan paliatif di negara ini masih kurang memuaskan dan perlu segera dipertingkat, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata ia berpunca daripada kekurangan fasiliti, pakar dan pusat rawatan walaupun tahap kesedaran terhadap penjagaan paliatif terutama untuk kanak-kanak mula menunjukkan peningkatan sejajar dengan pelaksanaan Inisiatif Rawatan Paliatif Pediatrik Kebangsaan pada 2012.
Katanya menurut Quality of Death Index yang diterbitkan oleh The Economist Intelligence Unit pada 2015, Malaysia berada di kedudukan 38 daripada 80 negara, di belakang Mongolia, Uganda, Afrika Selatan, Cuba, Costa Rica dan Jordan untuk perkhidmatan penjagaan paliatif.
"Kedudukan ini amat tidak memuaskan memandangkan perkhidmatan paliatif sangat penting dalam memberi kualiti kehidupan yang lebih baik terutama kepada pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit serius yang boleh menghadkan hayat," katanya ketika berucap melancarkan badan amal, MyStarfish di bawah unit penjagaan paliatif, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada Sabtu.
Jelasnya, rawatan paliatif merupakan penjagaan holistik yang merangkumi aspek fizikal, psikososial serta rohani yang bertujuan mengurangkan penderitaan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Dalam pada itu, Dzulkefly berkata sejak perkhidmatan paliatif diwujudkan di Jabatan Pediatrik PPUM pada 2017, unit tersebut telah menerima 146 kes rujukan, dengan 38 peratus daripada kanak-kanak yang dirujuk menghidap kanser diikuti penyakit neurologi dan genetik.
"Justeru, dengan pelancaran MyStarfish, sebuah badan amal yang diasaskan oleh dua pakar pediatrik dari Jabatan Pediatrik di PPUM ini, ia dapat membantu memenuhi keperluan psikososial, emosi dan rohani pesakit kanak-kanak yang menerima penjagaan paliatif di PPUM," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dzulkefly ketika ditemui pemberita berkata sebanyak 3,792 notis kesalahan dikeluarkan di seluruh negara dengan 55,848 premis diperiksa sehingga semalam sejak Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) dilaksanakan bermula 1 Jan lepas.
Katanya sepanjang tempoh tersebut, Johor mencatatkan jumlah notis kesalahan tertinggi dengan 479 notis, diikuti Selangor (474) dan Pahang (438).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 11 2020
DZULKEFLY: Perkhidmatan paliatif sangat penting dalam memberi kualiti kehidupan yang lebih baik terutama kepada pesakit kanak-kanak. - Gambar fail
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Agong berkenan menerima menghadap Fahmi, Dzulkefly
Pada sesi menghadap itu, Fahmi mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Bazar Ramadan: Tiada aduan keracunan makanan diterima setakat ini - KKM
Dr Dzulkefly berkata, ia merupakan petanda baik dipamerkan pengendali makanan.
Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.