Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Perkhidmatan perbankan Maybank tergendala sementara

Astro Awani 18/04/2022 | 09:44 MYT
Perkhidmatan perbankan Maybank tergendala untuk sementara waktu pada Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan perbankan Maybank seperti penggunaan kad debit, aplikasi Maybank2U dan MAE serta laman web Maybank2U tergendala untuk sementara waktu pada Isnin.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh bank komersial itu menerusi media sosial kira-kira jam 5 petang.

“Kepada pengguna, ambil maklum bahawa penggunaan kad debit tidak boleh digunakan buat sementara waktu dan kami mengalami masalah dari semasa ke semasa di aplikasi MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan hal ini secepat mungkin,” menurut Maybank menerusi Twitter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Berdasarkan aduan beberapa pengguna Maybank di Twitter, mereka mengalami masalah membuat pembayaran menggunakan kad debit sehingga dikenakan bayaran berulang kali.

Beberapa pengguna lain pula bimbang kerana tidak dapat mengakses baki simpanan melalui aplikasi atau laman web bank berkenaan.
#Maybank #Gangguan Perkhidmatan #mae #Maybank2u