awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik

Bernama
Bernama
13/06/2023
09:59 MYT
Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai. - Bernama
ALOR SETAR: Perkhidmatan feri roll-on roll-off (RORO) membawa kenderaan dan penumpang bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah yang memberikan satu lagi akses alternatif kepada orang ramai mengunjungi pulau pelancongan itu mendapat sambutan cukup baik.
Eksekutif Pemasaran dan Jualan Langkawi Kedah RORO Management Sdn Bhd Ismail Zain berkata perkhidmatan 'My RORO Tiga' itu telah mula beroperasi sejak 22 April lepas bagi kemudahan orang ramai dan peserta Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) bulan lepas mengunjungi Pulau Langkawi.
Beliau berkata pihaknya merancang untuk menambah perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan bagi menampung keperluan orang ramai dalam tempoh enam bulan lagi.
Katanya pada masa ini hanya satu RORO beroperasi setiap hari, dan ia mengambil masa tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik, dengan jadual perjalanan bergantung kepada paras pasang surut air, dan ia mampu memuatkan kapasiti 220 penumpang serta lebih 60 kenderaan.
"Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah yang terletak di belakang Jabatan Laut itu beroperasi pada pukul 1.30 tengah hari manakala RORO dari Langkawi di Tanjung Lembung (Langkawi) pula pada pukul 9 pagi," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata harga tiket bagi penumpang adalah RM26.50 sehala, manakala tambang bagi kenderaan bergantung kepada jenis dan kapasiti enjin, dan tiket-tiket boleh dibeli di pejabat syarikat di hadapan Jabatan Laut, atau boleh menelefon 04-7622515 bagi mendapatkannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri
#RORO
#Kuala Kedah
#Langkawi
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan