Perkhidmatan satelit terganggu, pelanggan boleh membuat penstriman di Astro GO

Astro Awani
Jun 21, 2021 10:30 MYT
Pelanggan yang masih mengalami kesulitan untuk mendapatkan saluran Astro mereka, boleh melayari penstriman secara langsung di Astro GO. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak Astro ingin memaklumkan pelanggannya tentang gangguan perkhidmatan satelit pada Isnin.
Buat pengetahuan umum, pihak teknikal Astro sedang berusaha secepat mungkin untuk mengenal pasti dan membaik pulih beberapa saluran yang terjejas.
Pelanggan yang masih mengalami kesulitan untuk mendapatkan saluran Astro mereka, boleh melayari penstriman secara langsung di Astro GO.
Untuk mengikuti perkembangan berita tempatan dan antarabangsa pula, pelanggan boleh melayari Live TV di astroawani.com dan aplikasi Astro AWANI.
Astro memohon maaf atas kesulitan yang dialami ketika ini.
#satelit #Astro #Astro GO #kesulitan teknikal #Live TV