awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Teliti semula pendekatan ekonomi agar tumpu inovasi tempatan - Liew
MALAYSIA
Polis tahan dua individu, rampas dadah hampir RM11 juta di Bukit Kayu Hitam
MALAYSIA
Majlis Bandaraya Ipoh bersihkan rumah warga emas dipenuhi sampah buat kali kelima
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih

Bernama
Bernama
01/01/2024
12:44 MYT
Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih
Fadzli berkata kerja penyambungan kabel yang terputus di beberapa lokasi itu selesai dilakukan pagi tadi. - Gambar Bernama
KUANTAN: Perkhidmatan telekomunikasi di dua penempatan Orang Asli, iaitu Pos Lemoi dan Pos Telimau di Cameron Highlands yang terganggu selepas kabel gention optik terputus akibat tanah runtuh pada Rabu lepas, pulih sepenuhnya hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata kerja penyambungan kabel yang terputus di beberapa lokasi itu selesai dilakukan pagi tadi.
"Saya mewaili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat atas kerjasama dan usaha berterusan selama beberapa hari, untuk menyelesaikan gangguan ini.
Terima kasih juga kepada penduduk perkampungan Orang Asli yang memahami kekangan dihadapi pihak berkenaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Fadzli memaklumkan berlaku gangguan perkhidmatan komunikasi di dua pos penempatan yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Pekan Ringlet, ekoran tanah runtuh yang berlaku di laluan Lembah Bertam ke Pos Lemoi.
Kejadian itu menyebabkan kabel putus atau tiang kabel rosak, juga di beberapa lokasi sepanjang laluan berkenaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menerima aduan gangguan perkhidmatan itu daripada kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada Jumaat, bagaimanapun tidak dapat melakukan kerja-kerja pembaikan dengan segera kerana keadaan jalan yang tidak boleh dilalui.
Ini kerana timbunan tanah yang runtuh perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum kenderaan membawa kabel gentian baru dan peralatan berkaitan dapat memasuki lokasi kejadian.
Kerja membersihkan timbunan tanah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands dengan bantuan penduduk setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKOA
#MCMC
#Orang Asli
#tiang kabel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami