KANAK-KANAK apatah lagi bayi merupakan golongan rentan yang hak mereka perlu sentiasa dilindungi.
Hak mereka terjamin seperti mana yang termaktub dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 yang diratifikasi oleh Malaysia.
Ibu bapa pada asasnya adalah pelindung yang menjamin keselamatan anak-anak mereka.
Namun, mutakhir kini kes-kes yang melibatkan ancaman keselamatan kanak-kanak malah sehingga melibatkan kematian amatlah membimbangkan.
Sebagai contoh, pada Selasa kita dikejutkan dengan berita sedih seorang bayi tiga bulan ditemui mati dipercayai dibunuh oleh bapanya sendiri.
Siasatan awal menunjukkan bahawa bapanya mempunyai lapan rekod jenayah lampau melibatkan dadah, keganasan rumah tangga dan dikenali sebagai seorang yang bersikap panas baran.
Menjadi penjaga yang sah kepada kanak-kanak bukanlah bermakna ibu bapa atau penjaga boleh melakukan apa sahaja tindakan sesuka hati ke atas kanak-kanak tersebut.
Hak mereka perlu dihormati dan sentiasa dilindungi. Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam isu kanak-kanak adalah kesejahteraan dan kebajikan mereka.
Ini adalah prinsip yang terpakai di dalam undang-undang dalam menentukan hal ehwal kanak-kanak.
Dari sudut perspektif perundangan, apabila kes-kes ini melibatkan kematian, kes ini akan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Manakala, untuk kes-kes pengabaian, penderaan, kecederaan, Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] adalah relevan.
Menurut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana penjaga termasuklah ibu bapa kanak-kanak tersebut yang yang menganiayai, mengabai, membuang, atau mendedahkan kanak-kanak itu kepada bahaya atau bertindak cuai, boleh dikenakan hukuman sehingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Jumlah hukuman ini telah dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 dan tempoh penjara daripada 10 ke 20 tahun selepas pindaan dibuat pada 2016 dalam akta ini jelas menunjukkan hal ini diambil serius oleh pihak berwajib.
Selain itu, Seksyen 28 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kewajipan anggota keluarga untuk memaklumkan pihak berwajib andai ada alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks.
Masyarakat terutamanya ahli keluarga perlu dididik untuk sentiasa cakna dengan keadaan ahli keluarga mereka dari kalangan kanak-kanak.
Peribahasa ‘jaga tepi kain orang’ tidak relevan dalam konteks ini memandangkan ahli anggota keluarga merupakan individu yang rapat dan mengetahui keadaan sebenar kanak-kanak tersebut.
Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul adalah sejauh mana tahap kesedaran dan kefahaman khususnya ibu bapa dan masyarakat secara amnya berkaitan peruntukan undang-undang di atas.
Ibu bapa yang memahami peruntukan undang-undang ini akan mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi dalam memastikan hak keselamatan dan kebajikan anak-anak dilindungi dan dipelihara.
Begitu juga dengan anggota masyarakat yang celik undang-undang, akan menunaikan tanggungjawab sosial mereka melaporkan pada pihak berwajib jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap hak anak-anak ini.
Hak kanak-kanak untuk mendapat perlindungan yang selamat perlu diperkasa dalam kalangan masyarakat. Kes-kes yang melibatkan kanak-kanak perlu diberi keutamaan.
Mereka adalah generasi yang bakal melakar masa depan negara.
Justeru, masyarakat perlu dididik untuk sama-sama berusaha untuk menjamin hak kanak-kanak sentiasa dilindungi.
Ibu bapa perlu kembali menginsafi kedudukan anak sebagai amanah yang memerlukan pengorbanan yang besar baik dari segi masa, tenaga atau wang ringgit.
Kependidikan keibubapaan perlu diterapkan dan ditekankan di dalam kursus kahwin umpamanya atau semasa sesi pemeriksaan antenatal ibu mengandung.
Hal ini perlu supaya bakal ibu bapa lebih bersedia secara mental dan fizikal tentang perubahan hidup yang pasti berlaku dengan kehadiran cahaya mata.
Persiapan menimang cahaya mata bukanlah hanya melibatkan persiapan fizikal seperti pakaian dan keperluan malah merangkumi kefahaman dan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
* Dr Mashitah Abdul Mutalib dan Dr Nur Al-Farhain Kamaruzaman ialah Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Fri Oct 14 2022
Menjadi penjaga yang sah kepada kanak-kanak bukanlah bermakna ibu bapa atau penjaga boleh melakukan apa sahaja tindakan sesuka hati ke atas kanak-kanak tersebut. - Gambar hiasan
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Surat terbuka kepada kerajaan: Pelihara Seksyen 1(e) Perlembagaan Persekutuan
Pindaan yang dicadangkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terutamanya penghapusan Seksyen 1(e), telah membangkitkan kebimbangan besar kepada saya.
Kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak akan diteliti - Azalina
Ini penting bagi melihat perkara berhubung kebajikan kanak-kanak seperti keselamatan umum, pendidikan dan kesihatan.
Perlindungan hak kanak-kanak daripada ibu bapa berbahaya
Hak kanak-kanak untuk mendapat perlindungan yang selamat perlu diperkasa dalam kalangan masyarakat.
Haramkan perkahwinan kanak-kanak, Ambiga beritahu kerajaan
Pengharaman perkahwinan kanak-kanak hanya memerlukan kerajaan meluluskan satu undang-undang bagi menghalangnya.
Wujudkan undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur - Mujahid
Undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur perlu diwujudkan bagi mengelakkan eksploitasi terhadap hak kanak-kanak.
Persidangan khas Ogos ini bincang isu KWSP suri rumah - TPM
Beberapa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan akan menyertai persidangan khas itu bagi mengkaji dengan teliti aspek teknikal yang menjadi menghalang pelaksanaan cadangan itu sebelum ini.
Hak kanak-kanak bukan kos, tetapi satu pelaburan
Syarikat yang memberi tumpuan kepada kebajikan pekerja dan kanak-kanak akan memberi persekitaran yang kondusif ke atas produktiviti sekali gus melonjakkan perniagaan.
Media Thailand sering langgar hak kanak-kanak - Kajian
Akhbar dan televisyen Thailand sering melanggar hak kanak-kanak dalam liputan mereka, kata satu kajian media yang disokong Unicef Thailand.