[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Perlindungan insurans pelajar diperkenal Januari ini

Astro Awani 27/12/2012 | 02:10 MYT
Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri kepada pelajar sekolah yang menggunakan bas sekolah berpermit dijangka bermula awal sesi persekolahan 2013.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ketika ini pihaknya sedang menguruskan tender terbuka kepada syarikat-syarikat tempatan bagi melaksanakan program berkenaan.
Menurut beliau, skim itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada pelajar yang menggunakan bas sekolah berpermit diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan bajet 2013.
Ia meliputi perlindungan maksimum RM100,000 dengan kos premium RM40 juta untuk tempoh dua tahun yang diseliakan SPAD.
#pelajar sekolah #Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri #SPAD #Tan Sri Syed Hamid Albar