awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis benarkan jemaah satu keluarga rapatkan saf mulai esok

Bernama
Bernama
22/03/2021
02:53 MYT
Perlis benarkan jemaah satu keluarga rapatkan saf mulai esok
Jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka; selain mereka, masih perlu amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. - Gambar hiasan
KANGAR: Bermula esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini.
Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.
"Jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka, dengan memastikan selain daripada mereka, perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter seperti ditetapkan dalam SOP," titah baginda dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah kebenaran itu turut terpakai untuk semua aktiviti pengimarahan sama ada Solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu termasuk solat Tarawih dan kuliah pengajian di semua masjid dan surau asrama sahaja manakala pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh negeri Perlis masih tidak dibenarkan.
Pada masa sama, baginda mengingatkan seluruh rakyat agar sentiasa mengutamakan integriti dan kejujuran dalam menjamin kelancaran pelaksanaan ketetapan yang dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rapatkan saf
#jemaah
#solat
#keluarga
#penjarakan fizikal
#SOP
#COVID-19
#Perlis
#MAIPs
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
#Raja Perlis
#sebumbung
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan