awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis benarkan solat Aidilfitri di tanah lapang

Bernama
Bernama
10/05/2021
20:36 MYT
Perlis benarkan solat Aidilfitri di tanah lapang
Solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Perlis akan dilaksanakan di tanah lapang menurut sunnah dengan pengawasan pihak masjid berhampiran bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. -Gambar hiasan
KANGAR: Solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Perlis akan dilaksanakan di tanah lapang menurut sunnah dengan pengawasan pihak masjid berhampiran bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah solat itu akan diadakan pada 8 pagi.
Bagaimanapun baginda bertitah sekiranya cuaca tidak bersesuaian seperti hujan lebat, solat boleh dilakukan di dalam masjid dengan kapasiti keluasan maksimum mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pada 8.30 pagi.
"Solat Aidilfitri tidak dibenarkan didirikan di mana-mana surau atau dewan orang ramai tanpa kelulusan pihak berkuasa agama terlebih dahulu," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Isnin.
Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan untuk berangkat menunaikan Solat Aidilfitri bersama-sama rakyat di Dataran Istiadat, Perkarangan Istana Arau.
"Semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi SOP Keselamatan dan Kesihatan yang telah ditetapkan dan pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi SOP," titah baginda.
Titah baginda orang ramai digalakkan untuk membawa uncang pembungkus kasut bagi menjaga kesucian serta membawa payung ke tempat solat untuk persiapan ketika panas dan hujan.
"Mereka yang telah merentas sempadan ke Perlis, solat Aidilfitri hendaklah dilaksanakan di rumah atau tempat tinggal masing-masing bagi meminimumkan risiko penularan wabak COVID-19," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah jamuan Aidilfitri di tempat solat boleh dilaksanakan dengan cara mengedarkan makanan yang siap dibungkus sahaja.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin
#Raja Perlis
#solat Aidilfitri
#kawasan lapang
#patuhi SOP
#COVID-19
#Aidilfitri
#MAIPs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan