awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 15 negeri AS, Washington DC isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk
PRK Kinabatangan: Peti undi SK Inarad terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi
Kesatuan Pekerja Hyundai bantah penggunaan robot Atlas di kilang pengeluaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis beri bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam negeri

Bernama
Bernama
09/12/2025
05:30 MYT
Perlis beri bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam negeri
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan itu akan dibayar pada Januari tahun depan. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Perlis setuju berikan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak sebagai penghargaan.
  • Bantuan tersebut akan disalurkan pada Januari tahun depan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat serta memperkukuh tadbir urus kerajaan.
  • Penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri melalui SSPA Fasa 2 akan dilaksanakan Januari 2026 dengan penambahan RM3.28 juta.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan itu akan dibayar pada Januari tahun depan.
"Kerajaan negeri berharap agar penjawat awam dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan serta kualiti hasil kerja selaras dengan penambahbaikan yang diterima demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memperkukuh tadbir urus kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2026 bertemakan 'Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Shukri berkata penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri itu melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 yang akan berkuat kuasa Januari 2026 melibatkan penambahan sebanyak RM3.28 juta.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#bantuan khas kewangan
#Perlis
#penjawat awam
#Mohd Shukri Ramli
#bonus
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan