awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis berpotensi jadi tarikan utama ekopelancongan - Pemangku Raja Perlis

Bernama
Bernama
05/08/2023
04:30 MYT
Perlis berpotensi jadi tarikan utama ekopelancongan - Pemangku Raja Perlis
Antara destinasi dan produk ekopelancongan yang terdapat di Perlis ialah Tasik Timah Tasoh (gambar), Wang Kelian, Gua Kelam dan Bukit Keteri. - Gambar/ Bernama
KANGAR: Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis berpotensi menjadi antara tarikan ekopelancongan utama pada masa hadapan.
"Beta sangat menyokong sebarang pelaburan dan percaya ekopelancongan akan menjadi satu trend pelancongan pada masa hadapan," titah baginda menerusi satu kenyataan yang di keluarkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan promosi Perlis - The Undeniable Charm sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bersama pemain industri pelancongan bagi pasaran Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat Anil Fahriza Adenan serta Naib Presiden Tourism Malaysia Los Angeles Akbal Setia selaku tuan rumah.
Sementara itu dalam kenyataan sama, Akbal berkata antara destinasi dan produk ekopelancongan yang terdapat di Perlis ialah Wang Kelian, Gua Kelam, Bukit Keteri dan Tasik Timah Tasoh di samping kedudukan negeri yang strategik terletak berdekatan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Beliau berkata Perlis juga merupakan destinasi menarik untuk pengembaraan eko dan alam semula jadi.
"Kami sangat teruja untuk mempamerkan tarikan pelancongan yang indah dan unik di Perlis sebagai destinasi baharu yang mesti dilawati di Malaysia untuk pelancong Amerika Syarikat, terutamanya bagi mereka yang melawat Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.
"Perlis merupakan sebuah negeri di utara Malaysia yang mempunyai bentuk muka bumi menarik dan keunikan tersendiri," katanya.
Pada majlis itu, YTSP turut memperkenalkan makanan tradisi Perlis iaitu Kurma Daging Perlis dan beberapa hidangan tradisional Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Pemangku Raja Perlis
#ekopelancongan
#Perlis - The Undeniable Charm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan