KANGAR: Kerajaan Perlis berjaya merealisasikan agenda sifar premis judi setelah penutupan premis judi terakhir di negeri itu, pada Rabu lepas (6 Mac).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis Asrul Aimran Abd Jalil berkata sebelum ini terdapat enam premis judi dengan empat daripadanya telah pun ditutup pada tahun lepas manakala premis kelima ditutup pada 31 Jan.
Beliau berkata kerajaan negeri menyedari aktiviti perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan sekali gus keputusan menghentikan lesen premis judi adalah demi memastikan rakyat pelbagai agama dan kaum di Perlis dapat hidup dengan selamat dan sejahtera.
"Alhamdulillah, melalui usaha kecil ini, kerajaan negeri berharap agar Perlis terus mendapat limpahan barakah dan rezeki daripada Allah SWT yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Sementara itu, mengenai aktiviti perjudian haram, Asrul Aimran berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi yang bertanggungjawab manakala rakyat turut diajak berganding bahu membantu menyampaikan maklumat supaya isu itu dapat ditangani secara holistik dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Asrul berkata kerajaan negeri menyedari aktiviti perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. - Foto Kerajaan Negeri Perlis
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Perlis capai agenda sifir premis judi - Asrul
Kerajaan Perlis berjaya merealisasikan agenda sifar premis judi setelah penutupan premis judi terakhir di negeri itu, pada Rabu lepas.