NATIONAL
Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah beralih ke Fasa 4 PPN
Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (8 November).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan menerusi laman Twitter beliau pada Jumaat.
"Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini setuju peralihan Fasa PPN bagi negeri-negeri berikut berkuat kuasa 8 November 2021.
"Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah ke Fasa 4," tulis beliau dalam ciapan tersebut.
Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4, adalah sama seperti sebelum ini dan boleh diakses di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.