awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial

Bernama
Bernama
24/04/2025
21:30 MYT
Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
MOHD SHUKRI: Jangan sembunyi tangan dan menyorokkan apa yang berlaku. Kita ambil langkah proaktif selepas dikatakan ada ramai penagih. - Foto BERNAMA
KANGAR: Kerajaan Perlis akan memperkasakan program berunsurkan keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, Perlis dilaporkan sebagai negeri ketiga dalam senarai teratas bagi kadar penyalahgunaan dadah berdasarkan kepada nisbah jumlah penduduk, menyebabkan pendekatan proaktif perlu dilakukan bagi mengatasi isu itu.
"Kita ambil iktibar (daripada laporan itu), jangan sembunyi tangan dan menyorokkan apa yang berlaku. Kita ambil langkah proaktif selepas dikatakan ada ramai penagih.
"Kena cuba buat pendekatan, walaupun tidak boleh selesaikan sepenuhnya (tetapi) bila ada kesedaran agama, Insya-Allah gejala sosial akan semakin berkurangan," katanya.
Mohd Shukri berkata demikian semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, pada Khamis.
Persidangan DUN ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#programa agama
#tangani gejala sosial
#penagihan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan