awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
PKR kesal kesilapan maklumat salah terhadap KPN
MALAYSIA
TPM Fadillah tiba di Uzbekistan untuk lawatan kerja rasmi
MALAYSIA
Video tular: Polis kesan tiga suspek kes samun guna parang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Perlis tubuh pasukan petugas khas tangani ketirisan hasil

Bernama
Bernama
20/06/2025
21:30 MYT
Perlis tubuh pasukan petugas khas tangani ketirisan hasil
Mohd Shukri berkata, pasukan petugas khas itu mengenal pasti dan mengumpul data berkaitan premis serta aset yang terlibat dalam ketirisan. - Gambar fail Bernama
KANGAR: Sebuah pasukan petugas khas diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail telah ditubuhkan untuk menangani ketirisan hasil yang berkait dengan penyewaan tanah dan bangunan negeri itu.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pasukan petugas khas itu mengenal pasti dan mengumpul data berkaitan premis serta aset yang terlibat dalam ketirisan selain bertanggungjawab menyelaras tindakan bagi memastikan hasil yang tiris itu dapat dikutip semula.
"Antara pencapaian awal pasukan petugas ini ialah kejayaan mengenal pasti ketirisan hasil melibatkan empat buah jabatan serta agensi. Melalui tindakan awal berkenaan, jumlah keseluruhan ketirisan yang berjaya dikenal pasti mencecah sehingga RM1.5 juta dengan anggaran kutipan semula RM800,000 dijangka dapat direalisasikan menjelang penghujung 2025.
"Usaha ini akan dijalankan secara berterusan melibatkan jabatan-jabatan yang lain," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri Perlis, di sini, pada Jumaat.
Selain itu, Mohd Shukri berkata, pasukan petugas khas itu juga sedang menyediakan satu Garis Panduan Pengurusan Penggunaan Premis yang telah selesai semakan di peringkat Pejabat Penasihat Undang-Undang dan sedang disemak di peringkat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PTG) untuk pandangan dan ulasan jabatan berkenaan.
Beliau berkata, penubuhan pasukan petugas khas itu susulan mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil. 3 Tahun 2024 pada Januari lepas yang memutuskan semua pihak perlu mengambil tindakan segera ke atas kutipan hasil sewaan tanah, bangunan, binaan atau petak milik jabatan di bawah kerajaan negeri Perlis yang dikutip pihak ketiga agar dipindahkan kepada hasil kerajaan negeri.
Mohd Shukri berkata, antara isu berkait penyewaan tanah dan bangunan negeri itu termasuklah aktiviti yang dijalankan tanpa kontrak atau perjanjian sah, pelanggaran terhadap peraturan sedia ada, pencerobohan kawasan milik kerajaan serta penyewaan aset yang tidak memberikan pulangan munasabah kepada negeri.
"Keadaan ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian hasil, malah turut memberi gambaran ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhimpunan
#pasukan petugas khas
#ketirisan hasil
#tindakan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami