awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlombongan haram bauksit: Dua kakitangan PTG mengaku tidak bersalah

Bernama
Bernama
13/01/2016
06:09 MYT
Perlombongan haram bauksit: Dua kakitangan PTG mengaku tidak bersalah
Fadly Ab Malek, 35, dan Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan daripada pelombong haram.
Dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menerima wang tunai RM30,000 daripada seorang pelombong haram bauksit, Rabu lalu.
Fadly Ab Malek, 35, yang merupakan Penolong Pegawai Tanah, dan Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof semasa pertuduhan dibaca secara berasingan.
Fadly didakwa menerima suapan itu antara pukul 12.20 hingga 12.40 tengah hari, 6 Jan lalu di dalam kereta Toyota Fortuner nombor pendaftaran WNK3968 di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini.
Syed Umar Khalil, yang juga merupakan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu pada pukul 7.35 malam pada hari dan di tempat yang sama.
Suapan itu didakwa diterima daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, sebagai balasan untuk tertuduh memberi perlindungan kepadanya yang menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram di Bukit Goh di sini.
Fadly, yang juga Penolong Pegawai Penguatkuasa, turut menghadapi satu lagi tuduhan menerima wang tunai RM35,000 daripada Anurul Hiraq, antara pukul 4 hingga 4.30 petang, 18 Nov lalu di dalam kereta sama di sebelah Restoran Santai, Jalan Teluk Baharu 5, Kampung Baru Peramu, di sini.
Suapan itu didakwa untuk memberi perlindungan kepada Anurul Hiraq dengan cara menjual borang pemindahan mineral Borang 13D (sub peraturan 84(4)) di bawah Peraturan-Peraturan Mineral 2005 atas nama Syarikat Aras Kuasa Sdn Bhd.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syafinas Shabudin mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Peguam Muhammad Hisham Abdul Rahim yang mewakili Fadly merayu jaminan RM20,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan atas alasan keluarga tertuduh hanya dapat menyediakan RM5,000.
"Tertuduh memperoleh pendapatan RM2,600 sebulan dan menanggung tiga orang anak termasuk dua yang bersekolah dan ibu bapa yang berusia dalam lingkungan 60 tahun," katanya.
Syed Umar Khalil pula menerusi peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar memohon jaminan rendah diberi atas alasan kebarangkaliannya untuk melarikan diri adalah tidak berlaku kerana anak guamnya masih berkhidmat di pejabat PTG.
"Tertuduh memperoleh pendapatan sebanyak RM5,300 sebulan dan menanggung seorang isteri dan anak. Jumlah yang boleh disediakan tertuduh hanya RM3,000," katanya.
Habibah membenarkan jaminan RM10,000 ke atas kedua-dua tertuduh dan kes akan disebut semula pada 5 Feb ini.
Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Pekan, Pahang membayar jaminan itu.
Topic Berkaitan
#bauksit
#pejabat tanah dan galian
#pelombong haram
#perlombongan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan