MALAYSIA
Perlu ada kesiapsiagaan hadapi kebakaran di rumah panjang - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan mengenai keperluan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana, khususnya dari segi kelengkapan memadam kebakaran di kawasan rumah panjang. - Gambar fail/BERNAMA
KAPIT: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan mengenai keperluan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana, khususnya dari segi kelengkapan memadam kebakaran di kawasan rumah panjang.
Beliau berkata perkara itu ditekankan semasa mempengerusikan Mesyuarat Tinjauan ke Rumah Austin Ekau, Nanga Sipan, Song, hari ini, bagi membincangkan tindakan susulan pascakebakaran yang berlaku pada 28 Sept.
Kebakaran tersebut melibatkan 29 pintu dengan 81 penghuni dan memusnahkan keseluruhan struktur rumah panjang itu.
"Kejadian ini amat menyedihkan dan wajar dijadikan pengajaran penting kepada kita semua. Saya menekankan keperluan untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana, khususnya dari segi peralatan memadam kebakaran, yang masih belum berada pada tahap memuaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata beliau mengingatkan pihak berkaitan seperti bomba dan agensi keselamatan lain, untuk melakukan pemeriksaan berkala serta melaporkan segala kekurangan kepada pihak berwajib untuk tindakan segera.
Beliau berkata hasil perbincangan dalam mesyuarat itu, turut diputuskan cadangan untuk membina semula rumah panjang berkenaan di tapak asal, namun pelaksanaannya perlu menunggu penyelesaian isu pemilikan tanah dan pembersihan tapak terlebih dahulu.
Buat masa ini, penduduk yang terjejas sedang membina rumah sementara dengan bantuan sebanyak RM10,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain itu, kerajaan turut menyediakan bantuan RM70,000 sepintu bagi pembinaan rumah kekal baharu, sementara Nanta bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan, turut menyumbangkan RM1,000 sepintu sebagai tanda keprihatinan bagi meringankan beban penduduk terlibat.
"Dalam masa yang sama, turut dibincangkan bantuan dan peruntukan bagi menembok serta membersihkan tapak rumah panjang yang terbakar. Selain bantuan daripada kerajaan, saya juga mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM10,000 sepintu, menjadikan keseluruhan RM290,000 untuk membantu pembinaan semula rumah panjang tersebut," katanya.
Daripada jumlah itu, RM145,000 akan disalurkan dalam masa terdekat bagi membantu penduduk membina rumah sementara, sebelum pembinaan rumah kekal dilaksanakan.
Beliau berharap segala usaha dan keprihatinan itu dapat memulihkan semangat serta kehidupan keluarga yang terjejas, dan menjadi iktibar kepada semua tentang pentingnya persediaan menghadapi bencana.
-- BERNAMA